Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, October 29, 2015

Kalsium yang cukup amat PENTING untuk Ibu Hamil. Jangan pandang rendah tentang pengambilan kalsium anda..!!

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, BAYI DI DLAM KANDUNGAN MEMERLUKAN KALSIUM YANG BANYAK UNTUK PROSES PEMBESARANNYA. Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan KUANTITI KALSIUM yang TINGGI BERBANDING BIASA. 

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih  diperlukan untuk disalurkan kepada bayi nelalui susu ibu. "Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa," jelasnya.


Betapa pentingnya kalsium untuk ibu hamil dan ibu menyusu. 





Pilihan Fai, semestinya OSTEMATRIX Shaklee.

Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ia mengandungi campuran kalsium, vitamin D, magnesium dan mineral-mineral lain yang lengkap.

Gabungan Kalsium Magenisum lengkap dengan vitamin D. Sebiji Ostematrix dapat membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji Ostematrix setiap hari.






Masa pregnantkan Adam dulu, Fai memang tak minum susu. Fai cuma consume Ostematrix je sebagai pengganti susu. Alhamdullillah, memang nampakkk kesannya pada Adam. Masa baby lagi tulang Adam dah kuat, nurse yang datang merawat kat rumah semuanya cakap Adam "keras". Kesan pada ibunya lagi bestttt... Boleh baca kat  SINI 😁

Majoriti ibu- ibu hamil yang dah cuba Ostematrix Shaklee ni, semuanya tersangat berpuas hati dengan kesannya. Sehari tak makan Ostematrix, jadi tak keruan hidup dibuatnya. Hehehe... 







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Wednesday, October 28, 2015

Jom bermasker dengan Collagen Powder Shaklee sebelum tidur

Beberapa hari ni Fai rajin pulak nak bermasker sebab nak hilangkan parut jerawat kat dagu. Hihihi... Hari ni masuk hari kedua bermasker dengan Collagen Powder Shaklee. Sekejap je, pakai dalam 15-30 minit sebelum tidur. Dah kering, lepas tu basuh muka macam biasa. Bila pakai masker collagen ni, muka kita akan rasa tegang sangat. Lepas basuh tu memang rasa freshhh. Yang bestnya lagi, bila pakai masker collagen ni...esok bangun pagi muka kita akan rasa freshhhh sangat dan langsung tak berminyak. Nak telan collagen tak boleh lagi buat masa sekarang, so kita bermasker je lah ye. Hihi... Kalau ikut Fai, sepeket Collagen Powder Shaklee tu boleh guna untuk 7-10 kali masker.



Cara bermasker dengan Collagen Powder Shaklee ni senang je. Macam Fai, sepeket Collagen Powder tu Fai tuang di dalam bekas kedap udara macam gambar bawah ni... dan simpan dalam peti ais...





1. Ambil sesudu kecil collagen menggunakan sudu KFC (alah, sudu yang kita guna untuk makan coleslaw tu 😁)... Fai guna sudu ni sebab senang nak sukat. Takdelah terkurang sangat atau terlebih sangat serbuk collagen yang kita gunakan tu nanti.

2. Kemudian tuang serbuk collagen tadi atas piring/dalam mangkuk. 

3 (i). Basahkan muka, kemudian terus je sapukan serbuk collagen powder shaklee tu keseluruh muka.

ataupun,

3 (ii). Tuang sedikittt air ke dalam piring/mangkuk yang dah berisi serbuk collagen tadi dan kacau rata. Sapukan ke seluruh bahagian muka. 




credit picture : Ladysara 



4. Tunggu dalam 15 ke 30 minit. Sampai kita rasa kulit muka betul-betul tegang.

7. Kemudian, bilas dengan air yang bersih atau guna pencuci muka.


Korang yang ada masalah parut jerawat/jeragat, cubalah masker Collagen Powder Shaklee ni. InshaaAllah kesan jerawat/jeragat tu akan semakin semakin pudar.













Fai Nardir
I'm more than willing to help

Rahsia Cantik bakal pengantin dengan Shaklee Collagen Powder

7 khasiat ketam yang korang perlu tahu

Sebenarnya dari hari Isnin malam Fai teringin nak makan ketam. Carinkat Kipmart Masai, ada pun jual. Sekilo RM12..  Petang semalam gigih la masak lemak ketam. Fai masak lemask ketam ikut cara arwah mama. Masak lemak ketam cuma guna santan dengan kunyit je. Perah santan 2 kali, masukkan ketam dengan sedikit kunyit untuk warna nampak kekuningan. Nak lagi sedap guna kunyit hidup. Lepas tu tambah garam sikit. Dah siap... Fai kalau beli ketam, suka pilih ketam betina... Suka makan telurnya... Sedappp... Hihi..






Korang tau tak, ketam banyakkk tau khasiatnya... 
Antara khasiat ketam:


❤️ Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam))

❤️ Ketam di percayai boleh merawat denggi

❤️ Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya

❤️ Ketam mengandungi lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat

❤️ Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.

❤️ Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.

❤️ Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.





Fai sejak kahwin baru lah pandai makan telur ketam.. Memang macam orang jakun, hihihi. Tapi ketam ni memang sedappp kan? 😊







Fai Nardir
I'm more than willing to help



Tuesday, October 27, 2015

5 Khasiat Pisang untuk Ibu Hamil

Pisang memang banyakkk khasiatnya. Korang tau tak? Pisang juga amat baik untuk ibu hamil.





5 Khasiat Pisang untuk Ibu Hamil

ANEMIA
Anemia ialah penyakit kurang darah yang sering dialami oleh ibu hamil. Pisang baik untuk anemia kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 

KURANGKAN RASA MUAL
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

SEMBELIT
Biasanya ibu hamil akan mula mengalami masalah sembelit pada trimester kedua. Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit. 

TEKANAN DARAH
Ada sesetengah ibu yang akan mengidap darah tinggi ketika hamil. Bagi ibu hamil yang mengidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

PENING-PENING
Kadang-kadang ibu hamil akan merasa pening-pening. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.




Apa - apa pun, kena bersederhana. Janganlah melantak sampai sesikat pisang pulak ye. Hihihi...














Fai Nardir
I'm more than willing to help

Monday, October 26, 2015

Zikir dan Tips Istimewa bacaan surah untuk Ibu Hamil

Dulu masa pregnantkan Adam, Fai tak tahu pun tentang zikir ni. Sebenarnyatak semestinya zikir ni je yang kita boleh amalkan, banyakkk lagi amalan-amalan lain untuk ibu yang sedang hamil. Fai share antara zikir yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil. Perkongsian ni dari facebook Biskut Jagung. Mudah-mudahan dengan izinNya kita dan baby diberikn kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan.







Kalau kita google, memang banyakkk amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. Yang biasa kita dengar adalah bacaan Surah Yusuf, Surah Luqman dan Surah Maryam. Tapi kalau nak baca semuaaa surah tu sekaligus setiap hari memang tak larat kan? Fai sendiri pun tak terlarat nak baca semuaaa sekaligus. Jangan katakan semua, nak habiskan satu surah sehari pun tak larat... Fai nak share satu tips dari mentor Fai..


Beliau bagitahu:

TRIMESTER PERTAMA - baca SurahYusuf, sebab time ni tengah bina paras rupa so anak tu nanti comel dan hensem 😊

TRIMESTER KEDUA - baca Surah Luqman, sebab tengah bina sel otak jadi pandai macam Luqman.

TRIMESTER KETIGA - baca Surah Maryam untuk memudahkan bersalin.



Semoga tips ini bermanfaat untuk anda juga 😊 😊 😊







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Thursday, October 22, 2015

Adakah Vitamin E anda selamat untuk diambil?

Berhati-hati dalam memlih supplement vitamin E. Pastikan vitamin E yang anda ambil adalah vitamin E SEMULAJADI.

PERBEZAAN VITAMIN E SHAKLEE
Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dgn vitamin E.





Menggunakan vitamin E asli (d-alfa tocophero) bukan sintetik 
(l-alfa) >> boleh tengok pada label botol vitamin E Shaklee

Vitamin E yang paling lengkap di pasaran kerana mengandungi  10mg unsur SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita untuk menyerap vitamin E dengan lebih effisien, memelihara membran sel, sel darah merah dan memelihara tisu-tisu otot.


credit google



Vitamin E Shaklee adalah antioksidan yg kuat. 1 kapsul vitamin E Shaklee = 400iu vitamin E... iaitu bersamaan
  • 40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi
  • 28 hidangan (setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah
  • 24 hidangan (setiap hidangan 1 sud makan) mayonis


Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih daripada 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Havard keatas lelaki dan wanita MEMBUKTIKAN Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.


Pilihlah vitamin E semulajadi (>___<)







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Wednesday, October 21, 2015

Korang Tau Tak? Sarapan pagi amat PENTING untuk menghasilkan diet yang seimbang.

Korang tau tak?? PENTING mulakan pagi dengan sarapan yang berkhasiat..

KENAPA..??

Kerana selepas semalaman tanpa makanan, kandungan glukosa dalam darah kita akan menjadi rendah di sebelah pagi.

Kandungan glukosa dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kita berasa PENING, PITAM, LESU, LENGUH, SAKIT-SAKIT BADAN, MUDAH MARAH dan sering dihantui perasaan bimbang. 

Sebaliknya memilih sarapan berkhasiat setiap pagi PENTING bagi menghasilkan diet seimbang.






Breakfast untuk husband pagi tadi.. Esp + Shaklee Collagen Powder dengan jemput-jemput ikan bilis...


*ibu hamil tak boleh ambil Shaklee Collagen Powder ye... 😊







#kttshaklee
#korangtautak


Fai Nardir
I'm more than willing to help

Monday, October 19, 2015

3 "sekawan" untuk kesihatan OPTIMUM

Semalam jiran sebelah rumah ibu kat kampung bagi buah naga 8 biji.. rezeki... manisss buahnya, sedapppp. lepas lunch tadi, makan vitamin 3 "beradik" tu, buka peti ais tengok ada buah naga. Terus ngap masuk mulut. Habis 2 biji Fai makan sorang. hihihi... Korang tau tak buah naga ni banyakkk khasiatnya untuk ibu hamil. Kfm ,,c,c,ckr jjjkejerjm,,.lg





Nak share sikit tentang vitamin 3 "beradik" ni...


Set Asas Kesihatan Optimum

Dari sebelum kahwin, dah berkahwin, pregnantkan Adam sampai lah sekarang.. 3 vitamin ni masih menjadi TEMAN SETIA Fai setiap hari. Alhamdulillah Fai dah lamaaa tak ke klinik. Syukur dengan nikmat sihat yang dipinjamkanNya 😊

Siapa lagi yang sesuai ambil 3 sekawan ni?

❤ IBU HAMIL - untuk kesihatan Optimum sepanjang kehamilan. HB cantik, kurang alahan ketika hamil, bertenaga.
❤ IBU MENYUSU - untuk memastikan susu yang diberikan kepada bayi BERKHASIAT dan si ibu tetap kekal bertenaga walaupun penat menyusukn bayi.
❤ LELAKI dan WANITA yang ingin kekal SIHAT dan BERTENAGA sepanjang hari.
❤ sesuai juga untuk anda yang KERAP MAKAN DI LUAR kerana vitamin-vitamin ini membantu untuk MELENGKAPKAN MANA-MANA NUTRISI YANG "LOMPONG" di dalam badan kita


Pilihlah supplement terbaik untuk anda dan keluarga.. Pilihan Fai, semestinya Shaklee.. JENAMA TERKEMUKA yang sudah berada 100 tahun di pasaran 😊









Fai Nardir
I'm more than willing to help

9 Khasiat Buah Naga untuk Ibu Hamil

Korang pernah makan buah naga? Buah naga ni sebenarnya banyak khasiantnya. Korang tau tak?? Buah Naga ni sebenarnya ada dua jenis... Buah Naga Merah dengan Buah Naga Putih. Semalam balik kampung, jiran sebelah bagi ibu buah naga 8 biji. Rezeki.... Dapatlah makan buah naga. Pregnant kali ni Fai sukaaa sangat makan buah. Buah Naga Merah ni salah satu favourite Fai sejak dari sebelum pregnant lagi. Sorang makan boleh habis 2 biji tau. Hihi... Hasil carian google Fai terjumpa tentang 9 khasiat buah naga merah untuk ibu hamil. Jemput bacaa...




9 Khasiat Buah Naga Merah Untuk Ibu Hamil

  • Di dalam buah naga merah mengandung serat yang tinggi, jika ibu hamil memakan buah naga setiap hari ia boleh mencegah daripada sembelit.

  • Zat besi yang terdapat pada buah naga merah TERBUKTI SANGAT BERKESAN untuk mengatasi masalah anemia pada ibu hamil.

  • Vitamin B 3 yang terdapat di dalam buah naga dapat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan sistem saraf pada tulang belakang bayi.

  • Kandungan kalsium yang terdapat di dalam buah naga, telah terbukti BERKESAN dalam meningkatkan pembentukan tulang dan gigi pada bayi.

  • Buah naga merupakan salah satu jenis buah yang KAYA DENGAN VITAMIN C, KARBOHIDRAT, FOLATE, SERAT, KAROTEN sehingga dapat membantu dalam memenuhi kekurangan nutrisi pada ibu hamil dan bayi.

  • Folate yang terdapat di dalam buah naga merah dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan folate pada ibu hamil boleh menyebabkan kecacatan pada sistem saraf otak bayi.  

  • Kandungan karbohidrat yang sangat banyak di dalam buah naga merah dapat membekalkan tenaga untuk ibu hamil dan membantu ibu hamil tersebut tidak mudah penat.

  • Kandungan antioksidan di dalam buah naga merah dapat meningkatkan daya tahan tubuh ibu hamil serta dapat melawan berbagai jenis penyakit.

  • Buah naga mempunyai banyak vitamin, antaranya vitamin B1 yang membantu untuk melancarkan pencernaan dan membantu dalam pertumbuhan janin.



info





Tak rugi makan buah ni sebenarnya sebab banyakkk khasiat.. bukan buah naga je, tapi semua buah pun banyak khasiatnya (>___<)







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, October 15, 2015

Omega Guard Shaklee - minyak ikan TERBAIK dari Sumber SEMULAJADI untuk si manja

Apabila memilih supplement minyak ikan untuk Si Manja anda, pilihlah yang TERBAIK dan SEMULAJADI. Omega Guard Shaklee adaLah SATU-SATUNYA minyak ikan TERBAIK daripada Sumber SEMULAJADI. Contoh Omega – 3 ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:

❤️ Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
❤️ Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
❤️ Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
❤️ Suhu badan – memastikan suhu badan manusia normal.
❤️ Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

Kesimpulanya, untuk perkembangan kanak-kanak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang... Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA.





Berhati-hatilah memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin. 






Fai Nardir
I'm more than willing to help

Korang tau tak, waktu TERBAIK pengambilan Lecithin Shaklee dan OmegaGuard Shaklee adalah selepas makan.

Korang tau tak, waktu TERBAIK pengambilan Lecithin Shaklee dan OmegaGuard Shaklee adalah selepas makan. 




Jom kita tengok apa fungsi Lecithin dan OmegaGuard ini dan kenapa ianya sesuai diambil selepas makan??

LECITHIN

Lecithin berasal daripada ekstrak dari kacang soya organik. Salah satu fungsi lecithin ialah mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.

Emulsi lemak bukan bermaksud "membakar' lemak TAPI bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi kita boleh simpulkan disini, lecithin sangat membantu membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu. Dan ianya bukan membakar lemak yang sudah berada lama dan termendap di tubuh kita


OMEGA GUARD

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macam mana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? 

Fungsi Omega 3 membantu membakar lemak dengan mambantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk kurangkan selera makan supaya anda boleh kekalkan atau kurang berat badan.


Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak


Omega Guard juga berfungsi:

❤️ Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
❤️ Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
❤️ Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.


Apa pun, cara pemakanan vitamin ini tak tetap. Ia bergantung mengikut kesesuaian badan individu itu sendiri. Ada customer Fai makan omega guard selepas makan, katanya selera makan semakin bertambah. Maka Fai nasihatkan beliau untuk ubah cara makan, ambil omega guard SEBELUM MAKAN. Ada pula customer yang sebaliknya, makan omega guard sebelum makan... selera makan semakin bertambah... Apa pun, pengambilan air masak SANGAT PENTING. Kerana apabila badan kita kekurangan air masak, OTAK akan menerima "signal" LAPAR. Tu yang menyebabkan kita bertambah selera makan...

Yang penting, anda harus dapatkan konsultasi cara pemakanan vitamin daripada SID Shaklee anda. Mereka pasti akan berikan konsultasi yang TERBAIK kepada anda 😊







Fai Nardir
I'm more than willing to help















Tuesday, October 13, 2015

Shaklee bagi Vitamin FREE...

Siapa yang tak suka vitamin FREE kan?? Alhamdulillah, minggu lepas dah sampai vitamin FREE yang Shaklee dah janjikan  nak bagi. Banyakkk tau, bukan satu vitamin je. Total semua ni dalam RM600++ ..... Stock untuk satu hingga dua bulan tau ni. Nak dapat vitamin FREE ni ada syarat-syarat tertentu yang perlu diperolehi. Besttt kan... Inilah untung ya mendaftar KEAHLIAN SHAKLEE. 

ESP dengan Omegaguard ni boleh share dengan husband. Yang lain tu Fai bagi kat husband je, sebab Fai tak boleh ambil lagi buat masa sekarang. Tunggu lepas bersalin nanti baru boleh makan semua, hihihi...










Fai Nardir
I'm more than willing to help

COD Set Hamil Shaklee dan Set Kesuburan Shaklee di Pasir Gudang,Johor

Beginilah rutin harian kami. Cod supplement pada waktu malam. Petang customer order, malam kami cod vitamin hingga di depan pintu rumah mereka. Besttt kan?

Ini kisah malam semalam, COD Set Hamil Shaklee di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang kepada Puan Wawa. Beliau telah mengamalkan Shaklee sejak dari anak sulung lagi dan sekarang sedang hamil 4 bulan. Beliau mengambil ESP, Vitalea dan juga Sustained Released Vitamin C. ESP Shaklee - SUMBER PROTEIN TERBAIK untuk ibu hamil, membekalkan tenaga berpanjangan kepada Si Ibu dan juga membantu dalam tumbesaran bayi. Vitalea - melengkapkan nutrisi inu hamil dan juga membantu ibu hamil untuk mengekalkan paras HB. InshaaAllah ibu hamil tidak akan mengalami masalah ANEMIA dengan pengambilan Vitalea ini. sustained Released Vitamin C sebagai "perisai" kepada ibuhamil daripada jangkitan kuman dan penyakit. 

Kemudian kami COD Set Persediaan untuk Hamil di Jalan Pulasan, Kota Masai kepada Puan Fidah. Beliau merancang untuk hamil dalam masa terdekat dan Fai cadangkan beliau mengambil Vitalea dan juga B Complex. Vitalea sebagai PELENGKAP NUTRISI dalam badan, melengkapi mana-mana lohonh dalam badan yang kosong akibat kekurangan nutrisi. B Complex Shaklee pula SATU-SATUNYA B Complex yang LENGKAP dengan BIOTIN dan ASID FOLIK. Ibu yang merancang untuk hamil memerlukan 400mcg Asid Folik setiap hari.






Anda tinggal di kawasan Pasir Gudang dan ingin mencuba Shaklee? Feel free to contact Fai ya... 
InshaaAllah konsultasi TERBAIK akan diberikan...







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Monday, October 12, 2015

Semoga tahun baru Hijrah kali ini memberi 1001 makna untuk kita semua. Salam 1437H...

Dua hari lagi, semua Umat Islam akan masuk ke Tahun Baru Hijrah.... Tapi sayangnya tahun baru hijrah ini sering kali diabaikan sambutannya oleh masyarakat hari ini. Sedarkah kita, dengan rahmatNya lah kita diberi kesempatan untuk berada di muka bumi di tahun baru Hijrah ini dalam keadaanya yang SIHAT sejahtera DISAMPING seluruh ahli keluarga dan ORANG-ORANG YANG KITA SAYANGI. Jangan lupa sebagai insan yang amat lemah, sudah pasti kita banyak melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak disukai oleh Allah disepanjang tahun Hijrah. Oleh itu, sempena kemunculan tahun hijrah yang baru sama-samalah kita menginsafi diri dan memohon keampunan kepada Allah semoga tahun Hijrah yang bakal ditinggalkan dan tahun hijrah yang baru, kita semua akan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Berikut adalah doa akhir tahun dan awal tahun hijrah untuk kita sama-sama membacanya. (Peringatan untuk diri sendiri juga yang seringkali terleka)


Doa Akhir Tahun Hijrah
Dibaca pada 30hb Zulhijjah, Yakni sebelum masuk 1 Muharam





“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan Pemerintah Alam, Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya da Engkau tidak meredainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedang Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadap Mu, maka aku memohon keampunan kepada-Mu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripada-Mu. Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah daripadaku, janganlh Engkau putuskan harapanku terhadap-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya”




Doa Awal Tahun Hijrah
Dibaca selepas Maghrib, 30hb Zulhijjah





“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah sekelian alam. Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan. Dan menolong daku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah telah menurunkan rahmat dah kesejahteraanNYa ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam. Amin.”




Sumber Terjemahan Doa : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karangan Dato’ Ismail Kamus







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Friday, October 9, 2015

24 Manfaat OMEGA di dalam Omega Guard Shaklee

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.


OmegaGuard mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA dan DHA daripada pilihan jenama lain. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan tiga peringkat bagi memastikan KETULENAN dan POTENSI ASID LEMAK OMEGA-3 DI DALAM TUBUH KITA. 


Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.





Jom kita tengok apa pula Manfaat Omega di dalam Omega Guard Shaklee:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 

2. MELICINKAN KULIT dan kelihatan kemerah-merahan (semakin BERSERI)

3. Mencegah salur darah dari tersumbat 

4. Omega 3 dapat MENGELAKKAN STROK. 

5. Mengekalkan tekanan normal darah 

6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 

7. Mengurangkan sakit kepala 

8. MERENDAHKAN KOLESTROL

9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 

11. MENGAWAL MASALAH OBESITI

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - MEMBANTU TUMBESARAN dan PERKEMBANGAN OTAK JANIN

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 

16. Membantu menyihatkan paru-paru 

17. Omega 3 juga boleh MEMPERBAIKI masalah ALAHAN KULIT seperti eczema, psoriasis, dll 

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 

 23. MEMELIHARA FUNGSI SENDI

24. Mencegah penyakit gout 






Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:- 

❤️ Mencegah INSOMNIA
❤️ Mengurangkan TEKANAN EMOSI
❤️ Mengurangkan KEMURUNGAN dan kebimbangan 
❤️ Membantu memperbaiki masalah AUTISM
❤️ Membantu memperbaiki masalah KANAK-KANAK HYPERACTIVE
❤️ Mengurangkan masalah SCHIZOPHRENIA 
❤️ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak 


Semua peringkat umur sedari setahun ke atas boleh menggunakan Omega Guard ini. Tiada tahap kesihatan yang baik tanpa pelaburan wang untuk membeli produk yang bermanfaat seperti Omega Guard Shaklee ini. Berikan yang TERBAIK untuk insan yang tersayang...



JOM KLIK:









Fai Nardir
I'm more than willing to help
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Korang Tau Tak tomato adalah sejenis BUAH, bukannya sayuran ??

Korang Tau Tak, Tomato sebenarnya adalah sejenis BUAH tau bukannya sayuran. Fai memang sukaaa sangat makan tomato ni. kalau masak tom yam, Fai mesti akan lebihkan tomato. Kalau makan nasi ayam, mesti minta EXTRA Tomato. Kadang-kadang tak tahu nak makan apa, Fai makan nasi berulamkan tomato je. Hehehe.. Banyakkk rupanya manfaat tomato ni. Meh Fai kongsikan 7 manfaat tomato daripada sebuah laman web Indonesia... Lepas dah baca ni, korang yang tak suka tomato mesti akan usaha juga untuk makan tomato. Hihihi...


Korang tau tak?
Tomato mengandungi kandungan LIKOPEN yang TINGGI yang sangat BERKESAN untuk MENCEGAH KANSER. Siapa yang tak suka makan tomato tu kenalah belajar untuk sukakan tomato  ye. Hihi... 




Berikut ini 7 manfaat dahsyat tomato bagi kesihatan tubuh anda :

1. Melancarkan dan Menyehatkan Sistem Pencernaan. Salah satu kelebihan tomat yaitu merupakan sumber serat yang diperlukan oleh tubuh anda. Sehingga, bagi siapapun yang menginginkan sistem pencernaan tetap sehat dan lancar, mulailah dengan mengkonsumsi buah merah tersebut. 

2. Melindungi kulit wajah dan Kulit Tubuh. Ini dikarenakan, tomat merupakan sumber likopen. Kandungan likopen dalam tomat berfungsi untuk mencegah kerusakanan jaringan kulit yang diakibatkan oleh sinar ultraviolet dari matahari. 

3. Memperkuat Tulang Pada Tubuh. Ini dikarenakan, buah tersebut merupakan sumber vitamin K yang mampu mencegah mengeroposnya tulang atau lebih dikenal dengan istilah osteoporosis. 

4. Pencegah Kanker Yang Lebih Efektif. Bagi anda yang ingin terhindar dari berbagai jenis kanker seperti kanker prostat, mulut, tenggorokan, lambung, usus besar, dan kanker ovarium, mulailah rutin untuk mengkonsumsi buah tomat tersebut. Karena kandungan likopen dalam tomat sangat ampuh mencegah berbagai kanker tersebut. 

5. Pencegah Diabetes Secara Alami. Kandungan kromium dalam buah tomat mampu membantu menyeimbangkan kadar gula darah dalam tubuh anda. Sehingga lebih stabil dan tidak membahayakan kesehatan tubuh anda. 

6. Menajamkan Penglihatan Anda. Sumber vitamin A dalam tomat berfungsi untuk menjaga kesehatan mata serta mampu menajamkan daya lihat organ mata seseorang terhadap berbagai benda di sekitarnya. 

7. Memperkuat dan Memperindah Mahkota Kepala Anda. Sumber vitamin A dalam tomat mampu menyehatkan rambut serta memperkuat rambut dari ujung hingga akarnya. 




Rugiiiii tau kalau korang tak suka makan tomato ni.. Banyakkk khasiatnya...







Fai Nardir  
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Petua Sekiranya Anak Mengidap Cacing

Petua sekiranya anak mengidap "cacing"... Fai pun baru PERTAMA KALI tahu tentang petua ni. Untuk entri penuh boleh baca di SINI


Tanda-tanda anak mengidp cacing:

- demam on off...kejap ok kejap tak ok. walaupun dah makn ubat
- kadang2 dia rasa lemah pastu asyik buat perangai (merap)
- makan tak lalu
- cirit
- ada setengah akan muntah-muntah


Petua yang diberitahu oleh sis ini sekiranya anda mengidap cacing adalah dengan MANDIKAN anak dengan DAUN BETIK.


1. ambik daun betik macam dalam gambar




2. Ramaskan daun betuk tersebut dalam air sampai hancur, sehingga air bertukar menjadi warna hijau. Macam dalam gambar. Lepas tu tapis. 
(Air betik ni kurang hijau sbb nak buat contoh jer. yg mandikan aira mak yg buat color dia lagi hijau terang.)

3. Mula2 mandikan anak macam biasa dulu. Mandian terakhir baru mandikan dengan air betik. Mandi Bermula dari LEHER KE BAWAH, SAMPAI KAKI. KEPALA JANGAN TAU. MANDI WAKTU PETANG JER. (ini petua org dulu2..)

4. Mandi 3 hari berturut-turut pada waktu petang.


Alhamdullilah dengan izin Allah aira dah sihat dah makan lalu. dah tak demam..syukur....nak mandi selalu pun okey jugak air betik nie...contoh 2 atau 3 minggu sekali ker.


______________________________________

Semoga petua ini membantu anda juga (>_____<)







Fai Nardir
I'm more than willing to help





Thursday, October 8, 2015

Betul ke Omega Guard Shaklee ni minyak ikan yang terbaik di pasaran ??? Jom baca 7 Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 


Betul ke Omega Guard Shaklee ni minyak ikan yang terbaik di pasaran..??? Apa kelebihan Omega Guard Shaklee ni berbanding minyak ikan lain ??? Baca ini dulu, anda pasti akan TERUJA dengan kelebihan Omega 3 di dalm Omega Guard Shaklee...



7 Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee DIEKSTRAK DARI IKAN LAUT DALAM dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. BUKAN DARI MINYAK HATI IKAN yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee MENGANDUNGI 3 KALI LEBIH TUMPAT dari ketumpatan minyak hati ikan. 

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee SATU-SATUNYA MINYAK IKAN OMEGA 3 PALING TULEN, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL BERTEKNOLOGI TINGGI.

7. Kaedah utlratulen adalah PROSES PENYULINGAN PROPRIETARI 3 MOLEKUL untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan MENYINGKIRKAN BAHAN BERBAHAYA seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 







Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin. 







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Omega Guard Shaklee, MINYAK IKAN yang TERBAIK di pasaran !!!

Korang tau tak?? Kebanyakan minyak ikan di pasaran MENGANDUNGI PCBs yg BERBAHAYA dan boleh MENYEBABKAN KANSER. Korang boleh rujuk website Fish Oil Safety untuk info lanjut.





Omega Guard Shaklee, MINYAK IKAN yang TERBAIK di pasaran !!! 

Minyak ikan Shaklee (Omega Guard) melalui proses PENYULINGAN BERPERINGKAT untuk memastikan ianya SELAMAT DARI LOGAM BERBAHAYA seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.

Selain daripada memastikan ianya 100% selamat, proses ini juga:
❤️ Memekatkan (concentate) dan menulenkan (purity) lemak Omega-3.
❤️ Mengurangkan oxidation dan pembentukan lemak trans (trans fat).
❤️ Mengurangkan bau dan rasa hanyir.



Untuk yang belum tahu, bulan ini pun ada PROMOSI OMEGA GUARD  tau... 😊







Fai Nardir
I'm more than willing to help

Wednesday, October 7, 2015

Korang tau tak 80% otak kita terdiri daripada AIR?

Korang tau tak, air AMAT PENTING untuk membantu otak kita BERFUNGSI DENGAN BAIK kerana 80% otak kita terdiri daripada AIR. Hmm, sesiapa yang rasa tak dapat berfikir dengan rasional tu mungkin kerana anda kurang minum air...







Nak tahu berapa Liter air yang anda perlu minum setiap hari? Meh tengok jadual di bawah ini..



Berat badan Fai 44 kg, jadi sehari Fai cuma perlu minum 2 liter air je. Dah terbiasa minum air masak, ke mana-mana Fai mesti bawa air masak sekali. Hatt COD vitamin ke customer. Hihihi...





Mulai Oktober ini, setiap hari Fai akan kongsikan 1-2 entri korang tau tak (ktt). Mendapat inspirasi daripada rakan blogger Fai, sis Adaa. Thanks kak untuk idea ni. Seronok pulak nak share dengan pembaca tentang "korang tau tak" ni. Hihi...







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015