Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Saturday, August 29, 2015

Masalah rambut gugur, rambut berminyak, rambut kering, rambut bercabang, rambut berkelemumur...??? Atasinya dengan Set Prosante Shaklee

Semalam Fai dah share tentang Set Get Clean Shaklee.. Hari ni nak share pula tentang Set Penjagaan Rambut Shaklee, yang lebih dikenali dengan Prosante Shaklee. Shaklee bukan sekadar vitamin sahaja, tetapi merangkumi penjagaan rambut dan juga kulit. Besttt kan..?? Set Prosante ini sesuai untuk kebanyakan masalah rambut yang sering dialami oleh penduduk Malaysia, antaranya masalah rambut gugur, masalah rambur kelemumur, masalah rambut bercabang, masalah rambut berminyak... Jom kita tengok apa yang terkandung dalam Set Prosante Shaklee ini... 

Purifying Syampoo

Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.


Revitalizing Syampoo

Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering


Lightweight Conditioner

Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan


Replenishing Conditioner

Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli


Nourishing Scalp Treatment

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Keunikan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.





Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami MASALAH KEGUGURAN RAMBUT anda boleh gunakan set berikut:

Revitalizing Shampoo
Lightweight Conditioner
Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara HARIAN. 


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:

Purifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.







Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu GABUNGAN 10 VITAMIN, MINERAL dan HERBA bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:

Ekstrak swertia dan halia untuk MERANGSANG PEREDARAN DARAH dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.


Credit



Jom Suburkan Rambut Anda!






FAI NARDIR

I'm more than willing to help

Hp: 019-7428120

Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, August 28, 2015

4 Sekawan yang wajibbb dimiliki oleh semua para Suri Rumah...

Yang mana masih belum tahu, Shaklee juga ada bahan pencuci ya. Bukan hanya vitamin je tau. Set pencuci Shaklee dikenali dengan Set Get Clean.. Set ini WAJIB dimiliki oleh semuaaa para suri rumah. Kenapa Fai kata ianya wajibbb?? Meh baca ini...



1.Basic H Shaklee

Memang menjimatkan iaiatu dengan kepekatan 473ml (16auns) mampu untuk digunakan untuk:


1. Menanggalkan minyak Gris pada permukaan yang telah dibersihkan. (Husband selalu guna Basic H ni untuk cuci enjin kereta. Katanya senang betul kesan minyak nak hilang)

2. Untuk kegunaan membasuh. (Fai suka guna untuk basuh toilet. Sambil main biuh dengan Adam. Hihi..)

3. Mencuci dinding-dinding, tingkap, cermin- cermin. (Paling bestttt untuk lap bahagian dapur yang berminyak lepas masak. Sekali lap je semuaaa kesan minyak tu hilang)

4. Menghilangkan habuk-habuk pada perabot-perabot rumah.

5. Boleh digunakan untuk mop lantai dan memang tidak berlekit dan tidak perlu dibilas. (Ini palingggg besttt. Senang kerja. Sekali mop je, dah bersihhhh. Tak perlu nak bilas lagi...)

Sebenarnya banyakkkkk lagi kegunaan Basic H ni.. Ada 1001 cara lain lagi. InshaaAllah Fai akan kongsikan pada entri lain pula.



2.Hand Dish Wash Concentrate Shaklee

Pencuci pinggan mangkuk. Cuma tuangkan setitik Hand Dish Wash ke atas span, cukup untuk menghilNgkan kesan minyak. Palinggg best, ianya mudah untuk menyahkan bau pada bekas makanan kita. Kalau bekas blender ada bau lada, Fai rendamkan dalam setengah jam dengan beberepa titis Hand Fish Wash ini, memang bau lada tu akan hilang. Botol air yang dah lama tak digunakan biasanya akan ada bau yang tak best kan? Titiskan je 1-2 titik Hand Dish Wash dan gosokkan pada permukaan botol yang berbau tu. Memang bau tu terusss hilang... Yang membezakan Hand Dish Wash ini dengan pencuci pinggan mangkuk yang lain adalah permukaan kulit tangan tidak kasar kerana tiada bahan kimia iaitu menggunakan sumber tumbuh- tumbuhan.


3.Fresh Laundry Concentrate Powder Shaklee

Formula enzim nya yang semulajadi memang membantu pakaian yang dibasuh lebih bersih dan tiada bau hapak. Dan memang menjimatkan. Dengan satu kotak mampu membuat basuhan hingga 88 basuhan.

Selain itu, dirumus untuk bantu cegah pencelup dalam pakaian berwarna dari memindahkan warna ke pakaian yang lain.

Yang Fai perasan, baju yang dibasuh dengan Fresh Laundry ni memang tidak langsung meninggalkan BAU HAPAK. Pernah sekali, Fai dah siap basuh baju tapi terrrlupa nak sidai. Keesokkan harinya kalut la amik baju nak sidai sebab takut berbau... Tapi memang MENAKJUBKAN... baju2 tu langsung takde bau hapak... Memang besttttt... Lebih-lebih lagi kalau musim hujan. Baju yang disidai langsung tak bau hapak. Memang berbeza jika dibandingkan dengan pencuci jenama biasa...


4.Soft Fabric Concentrate Shaklee

Berkepekatan tinggi iaitu 946ml (32auns) dapat melembutkan sebanyak 64 muatan. Mudah disimpan dan boleh dituang walaupun atas tangan. Digunakan untuk melembutkan pakaian iaitu lebih berbau segar, selembut sutera dan menghilangkan kedutan-kedutan pada kain. Size yang kecil mudah dibawa kemana-mana.

Soft Fabric Concentrate ni tak la sewangi bau pelembut di pasaran sebab ianya menggunakan bahan SEMULAJADI. TETAPI yang bestttnya, kain yang dibasuh dan direndam dengan Soft Fabric ni akan rasa lebi GEBUuuu selepas dibasuh. Lembuttt je bila pegang.. Hihi..





Jom bebaskan rumah kita daripada bahan kimia.
Jom beralih kepada pencuci yang mesra alam. 








FAI NARDIR
I'm more than willing to hep
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, August 27, 2015

Resepi Ayam Masak Merah sedappp untuk amatur...

Hari ni mood Fai terlebih baik, masak ayam masak merah untuk lunch merangkap dinner sekali. Hihi... Credit kepada Kak Yatie untuk resepi ni. Setiap resepi yang Fai dah cuba, Fai akan simpan di sini untuk rujukan kot2 Fai terlupa resepi ni bila nak masak lain kali. Hihihi... Semoga resepi ini juga bermanfaat untuk korang...


Bahan-bahan.

1 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit(utk goreng ayam)
1 sk garam(utk goreng ayam)
1 cwn sos tomato (fai ganti dengan sebiji tomato yang diblender)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kerisek

(Fai tak guna sos cili dan kerisik)


Bahan Kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
2 batang serai
1 inci lengkuas


Bahan Tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga (tak guna buah pelaga sebab takde kat rumah,hihi)
1 kuntum bunga lawang
1 bji cengkih
1 biji bawang besar(hiris)
1 ulas bwng putih (hiris)
garam dan sedikit gula
minyak utk mengoreng ayam dan menumis
Daun sup sebagai hiasan.


Cara-cara.

Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
Blend bawang besar, bawang putih, halia,cili kisar, serai dan lengkuas.
Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
Tumis bawang besar yg di hiris bersama2 dengan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih.
Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
Masukkan tomato yang diblender, sos cili dan sedikit air (agak2 je).
Masukkan garam, gula dan kerisik.Gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
Taburkan daun sup sebagai hiasan.




Gambar freshhh dari kuali. Tak sempat masuk pinggan dah snap gambar. Hihi...




Fai memang ikut resepi ni bulat2. Amatur lah katakan. Tapi memang jadi. Sedappppp.... Fai biasa juga masak ayam merah ni, tapi Fai tak guna lengkuas. Mungkin sebab tu sebelum ni rasanya kurang umphhh. Hehehe.. Cubalah ye..







FAI NARDIR 
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com







Wednesday, August 26, 2015

Jangan baca sekiranya anda takut "terjebak" untuk membeli Set NutriWhite Shaklee.

Set NutriWhite Shaklee dihasilkan selepas  3 tahun para Saintis Jepun dan Amerika Syarikat Shaklee bekerjasama mengkaji. Hasil kajian bersama ini, para saintis telah memilih 16 bahan semulajadi terbaik untuk menjadi bahan utama di dalam set NutriWhite Shaklee ini. Antara kesan Nutriwhite Shaklee yang akan diperolehi pengguna ialah: 
  1. Membantu mengawal keradangan kulit
  2. Pengurangan tompokan pada kulit
  3. Memberi kelegaan pada kulit
  4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
  5. Melembapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
  6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
  7. Membuang toksin tidak hairanlah 

Majoriti pengguna Set NutriWhite Shaklee amat berpuas hati dengan kesan yang mereka perolehi ke atas perubahan kulit muka mereka. Jom kita baca apa kata mereka...



Kulit muka tidak mudah "sun burn"



 

hasil penggunaan Softener NutriWhite, kulit di bawah mata dan hidung dh tak kasar, pori mengecil. Sel kulit mati sekitar hidung dah semakin licin. Kesan boleh diperolehi seawal 4-5 hari...




Black head dan white head hilang dengan penggunaan make up remover dan cleanser NutriWhite




perbualan Fai dengan anak buah semalam.. Beliau baru PERTAMA KALI mencuba Ultimate Protection NutriWhite ni.. Katanya MUKA SIKIT PUN TAK BERMINYAK... Walaweh.... Wajibbb cuba ni...
Fai ni jenis muka mudah berminyak, sebab tu Fai memang tak suka pakai apa2 cream kat muka sebab nanti akan makin nampak muka berminyak. Tapi bila si Halimah ni cakap macam tu, memang tangan ni gatal la nak mencuba. Hihihi.. Mungkin inilah penyelesaiannya. Selama ni Fai pakai lah ape jenis cream pun, muka Fai akan tetap nampak berminyak walaupun cream tu memang khas untuk kulit muka berminyak.. Nanti Fai dah guna Ultimate Protection NutriWhite ni Fai bagi review Fai pula ye... Hihi...







FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com



Tempat Makan Best di Kluang: ORIGINAL Kluang RailCoffee di Stesen KTM Kluang...

Sabtu lepas balik Kluang, akhirnya kami berkesempatan singgah makan di KLUANG RAILCOFFEE yang original. Hihi... Kenapa Fai cakap original, sebab Kluang Railcoffee inilah yang PERTAMA sebelum adanya cawangan-cawangan lain. Kluang Railcoffee ini terletak betul-betul di Stesen Keretapi Kluang. Biasanya memang penuhhhhh. Kalau nak makan kat sana kena beratur. Tunggu orang habis makan, lepas tu kena lah cepat-cepat "chop" tempat. Hihi... Rezeki kami hari tu, kebetulan ada datu meja kosong. Fai tak sempat nak snap gambar sebab Adam tengah bad mood nak tidur. Gambar-gambar bawah ni semua ihsan dari google...









Tengok tu, ramaiiii kan.. Setiap masa memang penuh macam ni lah. Hihi.. Yang paling femes kt sini mestilah kopinya. Bagi penggemar kopi, korang memang wajibbbbb ke sini. 





Fai pula suka roti bakar kat sini. Memang sedappp. Roti bulat yang dibakar dengan menggunakan arang. Nampak tak butter kat tengah roti tu? Butter ni sebenarnya dah disejukkan terlebih dahulu, kemudian baru diletakkan di atas roti yang dah dibakar dan disapu dengan kaya. Bila kita gigit roti tu, terasa kelemakan butter tersebut bercampur dengan kaya. Butter tu akan mencair di dalam mulut semasa kita mengunyah roti. Memang sedapppp, lebih-lebih lagi dimakan panas-panas... Fai kalau ke sini, 2-3 set roti bakar untuk Fai sorang je. Hihi...





Waktu operasi Kluang Railcoffee di Stesen Keretapi Kluang







Adam boring tunggu lama sangat, nanny bawa Adam jalan-jalan kat kawasan KTM Kluang. 
Nak pula dia posing... Layannnn... Hihihi... 







FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, August 25, 2015

Inginkan make up tahan lebih lama dan nampak sekata..??? Anda perlu cuba Set Nutriwhite Shaklee...

Testimoni ni masih FRESHHH lagi.. Perkongsian dari sideline Fai tentang NutriWhite Shaklee. Fai memang terujaaa sangat melihat perubahan pada mula beliau. Nampak berbeza sebelum dan selepas make up. Nampak lebih berseri-seri... Solekan lebih sekata dan TAHAN LAMA... 



Nampak kan perbezaanya pada muka beliau...






sebelum make up beliau cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian beliau campurkan Daily Defense dan Ultimate Protection dengan cc cream untuk sapuan yang rata... Hasillnyaaa memang sangat memuaskan...


Fai pun dah mula jatuhhhh cinta dengan Nutriwhite Shaklee ni. Fai jenis tak suka ber"makeup", jadinya Fai cuma gunakan Gentle Deep Foaming Cleanser je. Bila dah tengok testimoni ni..... Memang tak boleh tahan, takkan nak biar kak Cda ni cantik sorang je. Fai pun nak juga nampak cantik berseri macam beliau. Nak jugakkkk beli Set Nutriwhite Shaklee ni... Dah terbakorrrrr ni.. Hehehe...






FAI NARDIR
I'm more than willingto help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee. Semua wanita pasti sukakannya...

NutriWhite Shaklee dibangunkan hasil kerjasama oleh pakar-pakar penjagaan kulit dan saintis dari Jepun dan Amerika Syarikat.  16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih daripada 16 buah negara dan dizahirkan dalam bentuk produk yang bermutu tinggi. 

16 bahan SEMULAJADI yang terkandung dalam Set Nutriwhite Shaklee



NutriWhite bertindak dengan 5 cara iaitu: 

1. Menghalang – Melindungi kulit secara aktif dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan UV. 

2. Mengurangkan – Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit gelap dan kusam. Kulit akan kelihtan lebih cerah dan berseri. Penggunaan yang berterusan menjadikan kulit anda kekal dengan tona yang sempurna. 

3. Menyekat – Pigmentasi disekat dari muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok. 

4. Mencerah – Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata. 

5. Memperbaharui – Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. 




Jom kita tengok fungsi setiap produk Nutriwhite Shaklee ini:o






Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener
  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa LEBIH SEGAR dan lebih ANJAL dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu MENEGANGKAN dan MENCERAHKAN KULIT
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Daily Defense Whitening Essence
Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk MERATAKAN TONA KULIT
  • Kacang Soya untuk MEMUDARKAN dan mengurangkan JERAGAT dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

Rumusan ringan, TIDAK MELEKIT dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan keradangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.


Spot Whitening Treatment
  • MENGURANGKAN KEMUNCULAN BINTIK-BINTIK HITAM agar kulit tampak lebih menawan
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Cats Claw MENEGANGKAN KULIT
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Overnight Renewal Whitening Cream
  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan MELEGAKAN KERADANGAN KULIT
  • Vitamin C aktif MENGURANGKAN JERAGAT dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Gentle Action Makeup Remover
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI dengan menyeluruh TANPA MEROSAKKAN KULIT
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan



Cara Penggunaan Set Nutriwhite Shaklee:













FAI NARDIR 
I'm more than willing to help

  



Monday, August 24, 2015

Percubaan pertama memasak ayam lemak cili api Negeri Sembilan...

Lunch hari ni Fai masak Ayam Lemak Cili Api Negeri Sembilan. PERTAMA kali ni tau Fai masak ayam lemak cili api. Hihi... Beza ayam lemak cili api negeri sembilan ni, tak guna bawang. Memang senanggg... Meh tengok apa bahan-bahannya:

Ayam
Santan (2x perah - asingkan santan perahan pertama (santan pekat) dengan santan perahan kedua (santan cair)
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend (fai guna kunyit serbuk je)
Daun kunyit?(tak guna daun kunyit sebab takde kat rumah.hihi..)
Serai - diketuk
Asam keping (1 keping)
Garam

Cara memasak:

Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. 





Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.

Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap...


.

Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.

Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak.

Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.







Senanggg je kan resepi ni.. Alhamdulillah percubaan pertama Fai memasak ayam lemak cili api ni berjaya. Hihi... Lepas ni boleh la masak lagi...




L










FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com






2 sebab UTAMA "supermom" perlukan ESP Shaklee

Esp Shaklee sangattttt popular terutama di kalangan para ibu, tak kira lah samada seorang surirumah atau ibu yang bekerjaya. Kerana para ibu ni banyakkk menggunakan tenaga untuk tugasan seharian. Kalau yang surirumah tu, dari celik mata sampai malam nak tidur, kerja rumah tak settle2.. Yang bekerjaya pula, mana nak uruskan rumahtangga lepas balik kerja, nak masak, nak membasuh.. Jadi ESP ni memang PILIHAN YANG SANGAT TEPAT untuk Supermom. Majoriti ibu-ibu ini pasti akan restock ESP 2 Tin sebulan. Jom kita tengok DUA SEBAB UTAMA Kenapa Supermom Perlukan ESP Shaklee...

1. Bantu ibu lebih BERTENAGA kerana Esp Shaklee ni rendah indeks glisemik iaitu 39. Ia Makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah, glukosnya akan dilepaskan secara sedikit demi sedikit di dalam darah. Seterusnya ia MENGAWAL PARAS GULA dalam darah dan membebaskan TENAGA BERPANJANGAN. Sebab itulah ibu2 yang minum Esp ini akan berasa bertenaga dalam masa yang lama.




2. Kandungan ESP Shaklee yang tinggi protein soya semulajadi (nonGmo), dengan asid amino lengkap ini membuatkan ESP adalah pilihan bijak ibu yang inginkan KULIT HALUSSS MULUSSS selembut kulit bayi. Bukan overclaim ye, tapi REALITI. Majoriti ibu2 yang konsisten dengan ESP ni, dah tak perlu make up tebal2... Cukup dengan bedak nipis ja.. Sangat sesuai dengan gelaran "supermom"... Yelah, bila dah jadi ibu ni..memang kita akan kurang masa untuk diri sendiri. Bila tiba masa anak meragam, nak berbedak pun tak sempat tau... Jadi, ESP ni sebagai penyelamat. Ta nak lah bila dah ada anak, penampilan pun ke lauttt. Ye tak..???














FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Saturday, August 22, 2015

Pertama kali nak buat, Resepi CONGO BARS...

Singgah blog kawan2, Fai pun terjumpa  la resepi congo bars di SINI... Hmm, menarik ni. Boleh buat kudapan masa tengok tv. Hihi.. Asyik makan kerepek je, kali ni tukar style pula mengunyah congo bars ni. Nampak macam senang sebab main campak-campak je. Hihihi... Fai tak cuba lagi, share dulu resepi ni kat sini. Bila nak buat nanti senang nak rujuk...




Bahan-bahan.

250g Mentega
2 1/2 cawan tepung gandung
3 biji telur
 1 cawan gula perang
secubit garam
1 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil esen vanila
3 sudu serbuk coklat

*sekeping Coklat bar
*segenggam kacang badam
*coklat chip
*conflakes

Bahan bertanda * adalah mengikut citarasa awak..


Cara-cara nya

- Panas kan oven

- masuk kan tepung gandung , serbuk coklat ,baking powder dan secubit garam dalam satu bekas..ketepi kan..

- Pukul mentega dan gula perang.tak perlu sampai kembang.
masuk kan esen vanila..
kacau sebati..

- masuk kan campuran tepung tadi kedalam mentega dan telur yang dah dipukul tadi.
kacau sebati guna senduk kayu je ..

- masa ni awak boleh la masuk kan apa bahan yng awak nak..saya masuk kan segenggam kacang badam yang di tumbuk kasar.kemudian saya masuk kan pecahan coklat bar jugak..
supaya bila gigit ada la coklat2 tu..sedap...

kemudian masuk kan dalam dulang..ratakan dan atas nya saya tabur kan coklat chip..
ada sikit lebihan cornflakes masa buat biskut raya dulu..
saya tabur kan jugak atas nya..

kemudian saya bakar ..suhu 170 .. bakar selama 45 minit..
oven awak mungkin lain sikit dari saya ye..

ok..kemudian dah siap..tunggu sejuk baru potong..
sedia untuk dihidangkan...




Inilah rupanya congo bars tu.. tak sabar pula nak cuba...







Fai Nardir 
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, August 21, 2015

Jadual Khatam Al-Quran yang WAJIB anda tahu...

Andaiakn kita memperuntukkan masa untuk membaca dua halaman sahaja setiap hari, maka dalam masa setahun (10 bulan) kita akan khatam Al-Quran.. Bermakna SETIAP TAHUN kita boleh khatam Al-Quran... Jadual khatam Al-Quran ini Fai ambil daripada majalah Solusi... Boring2 tunggu kereta tengah servis, belek la majalah ni. Bestttt sangat. Banyakkkk info yang kita boleh ambil daripada majalah solusi ini.





Hidup hendaklah sentiasa ingat mengingati. Bukan untuk menunjuk yang Fai ni rajin mengaji, tidak sama sekali. Jadual ini juga sebagai rujukan Fai sendiri. Setiap hari jom kita cuba memperbaiki diri dengan menambah bilangan halaman membaca Al-Quran supaya kita bukan sahaja dapat khatam Al-Quran setiap hati, tetapi boleh khatam Al-Quran setiap bulan. InshaaAllah.....
 






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli SET HAMIL SHAKLEE

Set Hamil Shaklee antara salah satu set yang mendapat permintaan tinggi di kalangan customer Fai. Alhamdulillah majoriti ibu-ibu hamil yang ambil set ini amat berpuas hati dengan kesannya... Syukur dapat membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana lebih sihat dan cergas dengan Shaklee ketika hamil..






Kelebihan Set Hamil Shaklee:
  1. Set LENGKAP sepanjang tempoh kehamilan
  2. Majoriti customer berikan FEEDBACK yang sangat POSITIF dengan Set Hamil Shaklee  – rasa lebih energetic, tiada rasa sakit2 pinggang, tiada masalah kaki krem, tiada masalah sembelit, bacaan HB cantik
  3. Boleh diteruskan sewaktu pantang – Cuma perlu tambah dengan suplemen zinc complex  dan alfalfa.
  4. Set yang berbaloi – sangat sesuai untuk anda yang merancang nak FULLY BREASTFEED BABY
  5. Boleh dikongsi bersama dgn suami anda




Jika anda hamil, anda memang perlukan Set hamil Shaklee ini... Set Hamil Terbaik yang LENGKAP dengan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi. 





Anda wajibbb baca entri-entri di bawah ini:

Benarkah Set Hamil Shaklee boleh mengurangkan rasa mabuk sewaktu kehamilan..??

Fai dah rasa "MAGIC"nya pregnant dengan Shaklee... Anda bila lagi??








Fai Nardir 
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120 

Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, August 20, 2015

7 Cara Mengetahui Jantina Bayi yang Dikandungkan

Jika anda sedang hamil, pastinya anda tidak sabar nak tahu apakah jantina bayi yang dikandungkan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang hamil anak sulung. Betul kan? Jom semak apakah 8 cara upyang boleh dilakukan untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungkan





1. Jika anda hamil anak lelaki, kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. Sebaliknya jika anak perempuan, degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.

2. Jika perut anda "rendah", memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”, menandakan anda hamil anak lelaki. Jika perut anda bulat dan "tinggi”, menandakan anda hamil anak perempuan. Ini biasanya orang-orang tua yang tahu, tengok dari bentuk perut kita je mereka dah dapat teka samada anak lelaki atau perempuan. 

3. Anda sangat berseri-seri ketika hamil anak lelaki tetapi sebaliknya, anda akan kelihatan agak "selekeh" jika hamil anak perempuan kerana dipercayai si anak mengambil seri daripada ibunya. Hihi..

4. Jika hamil anak lelaki, anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. Jika anda hamil anak perempuan, anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

5. Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri sekiranya hamil anak lelaki manakala Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan sekiranya hamil anak perempuan. 

6. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging jika hamil anak lelaki. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula jika hamil anak perempuan.





7. Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (awal pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih, bermakna anda mengandungkan anak lelaki. Tetapi jika soda bikarbonat itu tidak berbuih, bermakna anda sedang hamil anak perempuan.



[Credit: babycenter, siraplimau ]



5 daripada 7 cara di atas memang betul sewaktu Fai pregnantkan Adam. Fai takde alahan teruk dan Fai memang sukaaa sangat makan cheese. Apa jer yang ada cheese Fai suka, kek cheese, nan cheese, tat cheese... Semualah! Hihi... Ramai juga yang tegur Fai semakin berseri-seri masa pregnantkan Adam dulu. Tang perut tu memang betul sangat, nampak bujur bukan bulat. Erm, cara nombor 7 tu Fai baru pertama kali tahu. Boleh la cuba kalau pregnant lagi. Hihihi...






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Wednesday, August 19, 2015

Benarkah Set Hamil Shaklee boleh mengurangkan rasa mabuk sewaktu kehamilan..??

Set Hamil Shaklee ataupun Set Kehamilan Shaklee atau Set Pregnant Shaklee antara set yang paling larissss... Majoriti ibu hamil yang dah pun mencuba set ini, pasti akan berasa teruja dengan perbezaannya. Jika dulu masa hamil anak sulung, si ibu sering letih dan lesu, tetapi hamil anak kedua dengan Set Hamil Shaklee ini, Alhamdulillah memang takan rasa lain, akan rasa lebih BERTENAGA dan ENERGETIC. Pengalaman Fai sendiri pula, Fai TIDAK MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK sepanjang kehamilan. Risau juga bila orang cakap akan rasa mabuk dan muntah-muntah. Alhamdulillah.... Syukur... Fai langsung tak muntah. Cuma ada rasa sedikit loya je masa trimester pertama. Pengalaman PERTAMA pregnant dengan Shaklee memang sangattt bestttt. Dah la rasa teruja nak terima cahaya mata pertama, tambahan pula sepanjang pregnant Fai tiada alahan dan rasa cergas sepanjang masa. Really enjoy the moment..... Bacaan HB pun cantik sepanjang kehamilan. Kalau korang nak tahu, 3 hari sebelum bersalin Fai masih cod vitamin tau. Hihihi...


Di bawah ini Fai kongsikan testimoni ibu hamil yang berasa kurang mabuk setelah beliau mencuba Set Hamil Shaklee.. 








Fai dah rasa besttttnya pregnant dengan Shaklee. Pengalaman yang sangat indahhhhh. Pregnant kali kedua sudah pasti Fai akan setia dengan Shaklee... Hihihi... Kerana Fai percaya... apabila badan kita sudah dilengkapi dengan NUTRISI yang cukup, lengkap, bermakna badan kita sudah "bersedia" untuk menerima perubahan ketika kehamilan. Dan sebab itulah si ibu yang dah pun ambil Shaklee seawal daripada waktu mereka merancang untuk hamil lagi, mereka TIDAK AKAN MABUK teruk pada awal kehamilan. Mereka tidak akan mengalami morning sickness yang teruk.. Kerana badan mereka sudah dilengkapi dengan nutirisi asas yang lengkap. Majoriti customer Fai, dan "anak-anak" Shaklee Fai yang dah pun mulakan pengambilan vitamin Shaklee dari awal, dari sebelum mereka disahkan hamil lagi, majoriti daripada mereka tidak mengalami morning sickness dan mabuk teruk pada awal kehamilan... 






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, August 18, 2015

8 perkara yang tak akan dilupakan oleh ibu yang sedang hamil

Bila teringat semula kenangan PERTAMA sewaktu mengandungkan Adam dulu, memang Fai tak akan lupakan 8 perkara ini.  Perkara yang akan buat si ibu sangat teruja dengan kandungannya, lebih-lebih lagi ianya adalah kali PERTAMA si ibu itu hamil. Bagi Fai, walaupun hamil kali kedua, perkara ini tetap menjadi yang pertama kerana setiap anak lain ragamnya...



 

1. Pertama Kali Dengar Degup Jantung Si kecil
Rasa macam nak menangis bila pertama kali dengar degup jantung si kecil! Macam tak percaya ada insan kecil yang perlu dilindungi dalam perut anda. Biasanya degup jantung dapat didengar semasa doktor membuat ujian imbasan semasa kandungan berusia 12 minggu.

Menitik air mata sewaktu kali pertama dengar degupan jantung Adam ketika ini.. 


2. Tendangan Pertama Orang Dalam
“Oh macam ni rupanya rasa kena tendang dari dalam perut.” Mungkin itu yang terlintas di fikiran anda. Cute je rasa bila kaki kecil bayi anda mula membuat gerakan tendangan dalam perut. Terasa geli tetapi dalam masa yang sama muncul perasaan bahagia. Biasanya ibu mula merasakan tendangan pertama ketika usia kandungan antara 16 – 24 minggu.

Masa adam dulu, genap 20 minggu Fai dapat rasa tendangannya. Perasaan masa tu memang tak dapat diungkapkan... Hanya Allah je yang tahu betapa bersyukurnya kami...
 

3. Berbual Dengan Bayi
Terasa seronok apabila boleh berbual-bual dengan bayi  sambil mengusap lembut perut.  Ia merupakan rangsangan awal yang terbaik kepada bayi anda. Bayi akan memberikan respon pergerakan apabila ibu kerap berbual dengannya. Itu tandanya bayi kenal anda adalah ibunya.
 

4. Isyarat Bayi Kenyang Dalam Perut
Kalau ibu terasa lapar, bayi kerap membuat pergerakan tetapi bila ibu sudah makan, biasanya bayi tidak banyak ragam dan akan kurang pergerakan serta tidur lena di dalam rahim ibu.


5. Membeli Pakaian Mengandung
Perubahan fizikal bentuk badan ibu mengandung membuatkan anda perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian mengandung. Belilah koleksi yang boleh dipakai dua dalam satu iaitu baju mengandung termasuk baju menyusu.

Dulu Fai tak banyak beli baju hamil, Fai banyak pakai jubah. Jeans pun ada satu je..

 
6. Mencari Nama Bayi
Terujanya! Jangan sampai anda suami isteri bertengkar kerana memilih nama bayi sudah. Pilihlah nama bayi yang mempunyai makna yang elok.

Tentang nama ni kami tiada masalah, memang sepakat nak namakan si kecil dalam perut dengan nama ADAM HUSSIN.


7. Membeli Kelengkapan Bayi
Ini juga antara perkara yang paling menyeronokkan apabila hendak sambut orang baharu. Kalau tak tahu nak mula beli barang apa dulu, lebih baik anda buat senarai barang yang perlu ada untuk menyambut kelahiran bayi. Utamakan membeli barangan kelengkapan yang wajib ada dahulu, jangan membazir beli barang yang tidak perlu walaupun anda tidak tahan melihat ‘kecomelan’ barangan tersebut.

Ini memang paling teruja. Fai beli masa baby fair. Geram tengok baju2 baby comel2... Semuaaa rasa nak borong. Hihihi...
 

8. Merasa Kontraksi Pertama
Pengakhiran sebuah kehamilan adalah merasai kesakitan kontraksi untuk melahirkan bayi. Kesakitan yang memang tidak boleh dibayangkan oleh kebanyakan wanita yang pertama kali mengandung pasti akan menjadi kenangan yang paling tidak akan dilupakan oleh mereka sampai bila-bila.
 
Ya, waktu kontraksi memang tak dapat dilupakan. Sampai sekarang Fai masih ingat lagi macam mana rasa sakit kontraksi ketika itu. Tapi bila baby dah selamat lahir, rasa sakit tu hilang serta merta.


Kepada ibu yang sedang hamil ketika ini, nikmati segala pengalaman baharu yang anda lalui itu dengan penuh kegembiraan kerana ia sangat berharga.


credit: Pa&Ma





Adam Hussin hari pertama lahir ke dunia..







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Monday, August 17, 2015

Semoga Ruh mu Tenang di Sana.. Al Fatihah untuk arwah mama, Rahmah binti Anuar

Allah lebih menyayangi beliau. Arwah ibu mertua Fai telah dijemput ilahi pada 13 Ogos lepas, jam 1.45am.. Semua hanya tinggal kenangan. Selama hampir 5 tahun tinggal serumah dengan beliau, terrrlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Setiap sudut inci di dalam rumah ini akan membuatkan Fai teringatkan arwah. Cuma Al-Fatihah menjadi peneman setia setiap kali Fai teringatkan arwah. 

"Mama... berehatlah di sana, semoga ruh mama, Rahmah binti Anuar aman dan damai d Syurga..."








Gambar kenangan terakhir bersama arwah pada 1 Syawal yang lepas... 




Mati itu pasti... Yang hidup, pasti akan mati. Kami redha dengan ketentuanNya... 






FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com
I'm more than willing to help


Monday, August 10, 2015

Cara Melakukan Solat Sunat Hajat

Seperti yang kita lazim, terdapat banyakkkk cara untuk melakukan solat sunat hajat ini. Solat Sunat Hajat yang Fai share ini adalah perkongsian dari ayahanda Fai sendiri. Ringkas sahaja caranya, terdapat DUA kaedah untuk melakukan Solat Sunat Hajat ini...

PERTAMA: Solat Sunat Hajat untuk perlindungan diri daripada kejahatan manusia, binatang dan makhkuk lain..

KEDUA: Solat Sunat Hajat KHUSUS untuk MEMBURU IMPIAN..





Fai sangat terrrrsentuh dengan ayat ini... "Semakin kita kerap bersolat hajat, semakin Allah suka..." Allahu Akbar... 




FAI NARDIR
Shaklee Pasir Gudang, Johor
I'm more than willing to help

Sunday, August 9, 2015

Tauhu Terbalik versi Fai Nardir

Sejak dua menjak ni rajin pula rasanya nak masak yang remeh-remeh. Tapi takde lah remeh sangat pun, senanggg je tauhu terbalik ni. Resi asal dari Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusli. Dah lamaaa dah, tak ingat tahun berapa. Rasa dalam tahun 2011... Macam mana Fai tetiba boleh nak buah tauhu terbalik ni?? Kebetulan masa bawak Adam jalan-jalan kat Tesco, ternampak la tauhu ni. Dan-dan time tu jugak teringat yang dulu Fai pernah buat dengan ibu. Fai pun beli la bahan-bahan nak buat tauhu terbalik ni. Simple je resepinya... Cuma ambil masa sikit untuk terbalikkan tauhu dan buang isinya... Hehe..

Meh tengok gambar ni..


CARA TERBALIKKAN TAUHU (ikut je step 1-5)



Isinya Fai main campak-campak je. Isi tauhu tu campur dengan udang basah, dada ayam yang dah dipotong dadu dan sebuji telur. Fai buat untuk 9 keping, udang dalam 15 ekor, dada ayam tu dalam lebih kurang 1/4 kg... Sebab Fai suka sumbat tauhu tu MAMPAT-MAMPAT. Hihihi... Ops lupa pula, nak lagi sedappp, gaulkan sekali isi tauhu tu dengan daun sup dan daun bawang dan tambah garam secukup rasa. Hihi..

Masa nak goreng, terbalikkan dulu tauhu tu ye macam dalam gambar. Barulah nampak ala-ala kelopak bunga. Hihi.. Bila dah garing, baru terbalikkan. 




Tauhu terbalik ni sedappp makan panas-panas. Kulit tauhu tu ranguppp macam kulit ayam, tapi lagi sedapppp dari kulit ayam. Tak percaya, cubalah ye...






FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com



Recharged Time..!!!

Semalam Fai terima kunjungan dari anak Shaklee, Hana Syed. Dah banyak kali terpaksa postpone tarikh nak berdating, akhirnya dapat juga set date dengan beliau. Hihi.. Fai palinggg suka berdating dengan anak-anak buah, sebab macam-macam benda yang boleh dikongsikan. Boleh bertukar-tukar idea. Study tentang REWARD BONANZA Shaklee untuk bulan Ogos ni. Memang bestttt lah... Kalau Fai tak berdating dengan beliau semalam, banyakkk kisah bestttt yang Fai tak tahu. Sejam rasa sekejappp sangat. Hihi..







Rumah Fai sentiasa terbuka luasss untuk anak cucu yang nak RECHARGED. Tak terhad untuk Hari Raya je, ANYTIME koranggg boleh datang. Ada rezeki dapat la makan sedap-sedap. Hihihi...






FAI NARDIR
YOUR TRUSTED SID 
I'm more than willing to help

Friday, August 7, 2015

Set Ekslusif Breastfeeding Shaklee

SET EKSLUSIF BREASTFEEDING ini khas untuk para ibu yang tercari-cari suplemen yg boleh membantu mereka menjayakn penyusuan. TETAPI diingatkan juga anda perlu PATUHI KONSEP ASAS PENYUSUAN INI. Sekiranya anda mengambil supplement apa sekalipun, tetapi tidak mematuhi konsep asas penyusuan, jangan mimpilah untuk dapat hasil melimpah ruah. Maaf  ye Fai memang emo sikit bab ini, bab ibu-ibu yang tak patuhi konsep asas penyusuan ni. Kerana ia adalah KUNCI UTAMA yang anda perlu patuhi untuk menjayakan penyusuan sehinggan 2 tahun. ...


Ok, jom kita tengok Set Ekslusif Breastfeeding ini sesuai untuk siapa?

#1. Ibu yang ada masalah susu merudum
#2. Ibu yang ingin menyimpan stok
#3. Ibu yang tiada masa untuk memenuhi keperluan nutrisi harian
#4. Ibu yang selalu stress, keletihan dan wajah kusam dan lesu.







Set Ekslusif Breastfeeding ini boleh juga diamalkan dari hamil. Fai memang amalkan set ini dari hamil (cuma tak makan alfalfa ketika hamil), BERPANTANG, menyusu dan sehingga sekarang. Alhamdulillah Adam dapat fully BF 2 tahun, Syukur... Kesihatan Fai dan Adam amat memuaskan, berada dalam keadaan optimum. Antibodi Adam SANGAT KUAT, kalau demam atau selsema, sekejap je baik. Kulit Adam pun cantikkkk, halusss bersihhh je. Yang bestttnya, bukan Adam je dapat benefit tu, Fai pun dapat juga... Paham-paham je lah housewife ni kerja tak pernah habis dari pagi sampai malam. Alhamdulillah Fai dapat uruskan semuanya dengan baik, sentiasa ENERGETIC, mood pun ok je walaupun kadang-kadang Adam buat perangai. Hihihi... 






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015