Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Sunday, May 31, 2015

Peluang keDUA bermalam di hotel bertaraf 5 bintang..

Alhamdulillah.. Tahun ke-DUA kami berdua layak sertai Shaklee National Conference. TRIP PERCUMA 5 Bintang tajaan sepenuhnya oleh Shaklee. Penginapan 3 HARI DUA MALAM di Palace of The Golden Horses. TAJAAN ni bernilai dalam RM3000++ tau... Memang besttttt... Trip ni sebagai REWARD dari pihak Syarikat ke atas kami. Ianya juga berkat hasil USAHA KERAS kami sepanjang tahun.

Tahun lepas dapat tajaan sepenuhnya di Sunway Hotel Resort and Spa. Pengalaman PERTAMA Fai tidur hotel 5 bintang. Memang class, layanan tip top. Sangat-sangat puas hati.... Cerita penuh di SINI


Jom layan gambar...



 Invitation letter dari Shaklee







NC kali ni dapat beg sandang pula. Satu untuk Fai, lagi satu untuk hubby. Last year dapat beg "balik kampung".. Hihi...



Tak sabar nak pergi NC kali ni... Tak sabar nak jumpa anak cucu di KL...





Fai Nardir
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, May 28, 2015

Testimoni Kehamilan: Bacaan Tekanan Darah Tinggi Turun dengan Shaklee

Alhamdulillah... Happy sangat bila dapat bantu "anak" Shaklee Fai turunkan bacaan tekanan darah beliau ketika hamil. Fai pula yang rasa nak melonjak happy bila beliau bagitahu bacaan tekanan darahnya dah kembali normal. Syukurrrr...

"Faii hepy yatt lg laa... Malam tadi keluar bilik doktor, sengeh sampai telinga tengok husband..."


Fai advise beliau tambah GARLIC COMPLEX dalam Set Hamil Shaklee yang beliau ambil sekarang. 
 
Kenapa Garlic Complex..?? Kerana Garlic Complex mengandungi ALICIN yang berfungsi untuk MENURUNKAN TEKANAN DARAH.
 
 
 
 
 
 
 
 
Dulu masa pregnantkan Adam, Fai memang ada ambil Garlic Complex ni untuk TINGKATKAN ANTIBODI kerana Garlic Complex ini juga berfungsi sebagai ANTIOKSIDAN. Sebab masa tu Fai batuk, yang tak tahan sampai gatal tekak. Tapi Fai tak berani nak makan ubat batuk, alternatifnya Fai makan la Garlic Complex Shaklee ni.. Alhamdulillah memang membantu. Dalam masa tak sampai seminggu, batuk Fai baik. Tekak pun dah tak gatal lagi. Syukurrr...


Fai happy sangat bila dapat bantu ibu hamil sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. Fai dah rasa bestttnya pregnant dengan Shaklee, dan Fai nak bantu orang lain pula rasa besttt pregnant dengan Shaklee. InshaaAllah dengan izinNya juga
 






Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, May 26, 2015

Anda perlu rasa BERTUAH sekiranya mengalami morning sickness

Morning sickness ni memang rasa amat tak selesa. Semua perkara rasa serba tak kena. Nak makan takut termuntah semula, nak minum takut termuntah semula. Tekak ni rasa mual je. Ibu hamil yang mengalami morning sickness ni kalau boleh nak cepatttt je habis tempoh 3 bulan pertama tu. Betul tak..?? Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang BERTUAH berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. 


 

Mengapa?

Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sickness dengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melalui morning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.



So korang, jangan "stress" ye dengan gejala morning sickness yang korang alami ni. Macam yang Fai pernah bagitahu sebelum ni, just enjoy your pregnancy moment... 






Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Monday, May 25, 2015

Adam Hussin "imam muda" ibu papa...

Sekejap je dah bujang anak ibu ni.. Dah setahun 10 bulan... Lagi 2 bulan lengkaplah tempoh penyusuan susu ibu untuk Adam. Semoga Adam Hussin membesar menjadi anak yang paham agama Islam dan membesar menjadi anak soleh yang boleh bahagiakan ibu papa dunia akhirat.



Sekarang ni bila Adam nampak je ibu dengan papa nak makan vitamin, cepat je dia datang nak suapkan vitamin kat mulut ibu dengan papa. Hihi.. Ada satu benda kena sorokkan dari Adam, dia pantang nampak NUTRIFERON. Memang dia sukaaa sangat-sangat. Boleh habis satu sachet tu dia makan sorang. MEALSHAKE dah jadi minuman feveret Adam, setiap pagi mesti request ibu nak mealshake...


Makin cerdik sekarang, ada je yang nak dibualkannya. Tahu minta maaf bila dah buat salah. Cepat je dia datang salam dan cium ibu bila dia ada buat benda yang ibu tak suka. Alahai anak... Nakal pun tetap menjadi penyejuk hati ibu papa...





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

YES Pre Natal Shaklee, Set Vitamin LENGKAP untuk Ibu Hamil

Hakikatnya, dalam kehamilan, ada banyak perkara di luar jangkaan. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan. Set YES Pre Natal Shaklee dapat membekalkan NUTRISI yang diperlukan oleh ibu dan bayi sepanjang kehamilan. 






Fai bersyukur sempat berkenalan dengan Shaklee sebelum pregnantkan Adam lagi. Dari awal dapat berikan yang terbaik untuk Adam. Alhamdulillah bersyukur dengan perkembangan tumbesaran Adam.. Imun sistem Adam memang sangat kuat, tak mudah terkena jangkitan selsema, batuk atau demam. Dari baby sampai sekarang, cuma sekali je Adam deman panas masa 10 bulan. Batuk selsema pun cuma sekali je. Syukur... Yang bestttttnya masa lahir semua orang puji tulang Adam "keras". Senang dipegang katanya. Hihi. Apa pun semua ini adalah dariNya... Kita sebagai ibu cuma berusaha berikan yang terbaik untuk anak di dalam kandungan...

Kisah Fai selebihnya, di sini... Fai dah rasa "Magic"nya pregnant dengan Shaklee...



Fai cuma berkongsi yang terbaik untuk anda.. Kalau boleh fai nak anda juga sama-sama merasa macam apa yang Fai dah rasa ketika pregnantkan Adam dulu... Jom kita sama-sama berikan yang TERBAIK untuk si manja sejak dari awal kandungan lagi..


KEPENTINGAN SETIAP VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL:

Soy Protein Isolate (ESP)
====================
  • Sumber protein TERBAIK. Protein soya yang ASLI dan NON-GMO.
  • Memberi tenaga kepada ibu-ibu hamil dan membantu ibu-ibu memperolehi KESAN OPRIMUMDALAM PENGAMBILAN VITAMIN lain
  • Kulit menjadi lebih licin, gebu dan anjal
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • •Blok-blok pembinaan asas badan ibu & bayi.
  • •Trimester ke-2 & ke-3 – bayi sedang berkembang dengan pantas.
  • •Membantu dalam penghasilan susu ibu


Sustained Released Vita-C
====================
  • Penghasilan kolagen – membina tulang rawan, otot-otot & tulang-tulang fetus.
  • Sistem imun – membantu lawan jangkitan & penyakit (bagi wanita hamil, ibu yang menyusu & bayi).


Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
=============================
  • Multi-vitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Menambah zat besi kerana semasa hamil, semua zat daripada ibu akan disalurkan kepada anak didalam kandungan. Ibu hamil perlu mengambil nutrien tambahan untuk menampung kekurangan vitamin dalam diri.
  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu untuk kesihatan optimum & tenaga.
  • •Kekurangan zat besi – Anemia (wanita mengandung & ibu-ibu yang menyusu)
  • •Trimester terakhir – fetus menyerap zat besi dari ibu.Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.
>>>Penawar Hb rendah ketika Hamil


B-Complex
=========
  • Membantu mengelakkan tekanan
  • Menstabilkan emosi ibu
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin yang diperlukan oleh tubuh, termasuk ASID FOLIK dan BIOTIN.
  • Sistem penyerapan bioaktif (meningkatkan penyerapan asid folik)
  • Menyokong:
    •Sistem saraf sihat
    •Penghasilan hormon & sel-sel darah merah
    •Penghasilan tenaga
  • 400mcg harian sebelum konsepsi & semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%.


OsteMatrix (Kalsium dan Magnesium)
=============================
  • Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf
  • Kalsium yang ada dalam badan ibu akan diserap oleh bayi di dalam kandungan jadi ibu hamil perlu mengambil sumber tambahan untuk mendapatkan kalsium untuk tubuh mereka
  • Kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu hamil mengalami risiko osteporosis, sengal-sengal dan sakit badan, kelesuan dan menampakkan kesan penuan.
  • Mengatasi masalah susu merundum (selepas melahirkan) ketika period.
  • Membantu mengurangkan "kekejangan" dan masalah sembelit di kalangan ibu hamil.


Omega Guard (EPA dan DHA)
=======================
  • DHA adalah asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata serta organ-organ badan yang lain, dan amat PENTING untuk PERKEMBANGAN OTAK DAN JANIN.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri dan mendapatkannya daripada plasenta (ketika di dalam kandungan)
  • Omega 3 penting untuk perkembangan fetus dan sebagai supplement kepada ibu hamil itu sendiri.





Sepanjang Mei - Oktober 2015 ini, Shaklee mengadakan PROMOSI untuk set hamil ini dan ia sebagai Yes Pre Natal... 

YES PRE NATAL: 6 PRODUK 1 HARGA, Jimatttt RM32!!!
.
ESP : penggunaan 1-1.5 bulan
Ostematrix : penggunaan 1 bulan
Vitalea : penggunaan 4 bulan
B Complex : penggunaan 4 bulan
Vitamin C : penggunaan 6 bulan
OmegaGuard : penggunaan 1-3 bulan






TESTIMONI : Pregnant dgn Shaklee.. lebih cergas, energetic, HB cantik, senang bersalin..memang berbeza...








Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Sunday, May 24, 2015

5 Tips Atasi Morning Sickness

Alahan atau morning sickness adalah sebahagian daripada perkara normal yang akan dilalui oleh bakal ibu. Alhamdulillah, masa pregnantkan Adam dulu.. Fai tak kena morning sickness yang teruk. Cuma rasa mual dan loya sikit je. Takde lah sampai termuntah semula apa yang dah dimasulkan ke dalam mulut. Syukur sangat....


Jom Fai kongsikan 5 Tips Atasi Morning Sickness sewaktu hamil.. Tips ini Fai ambil daripada majalah Pa&Ma


Jangan minum terlalu banyak
Minum banyak air terutama air masak sememangnya amalan hidup yang sihat. Namun demikian keinginan untuk minum air masak ketika awal kehamilan biasanya hilang dalam kalangan ibu hamil. Bahkan ada yang akan termuntah atau langsung tidak boleh menelan air masak tersebut. Jangan risau tentang hal ini kerana ia akan kembali normal sebaik melepas fasa alahan. Sebaiknya minum air dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.




Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak
Ada kalangan ibu hamil akan hilang selera makan tetapi ada pula yang semakin menjadi-jadi selera makannya. Tidak kira sama ada anda berada dalam kategori hilang selera makan atau semakin berselera, anda perlu amalkan pemakanan yang sihat dan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia juga bagi membolehkan makanan mudah dihadam dan menghindarkan bakal mama daripada berasa mengah.

Amalkan minum teh halia
Rasa halia yang pedas dan hangat dapat mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. Anda boleh minum teh yang dicampur hirisan halia atau air suam dicampur halia bagi melegakan rasa loya.

Elakkan pergerakan mengejut
Apabila hendak bangun daripada tidur, elakkan daripada bangun secara mengejut. Sebaiknya berbaring seketika bagi mengelakkan kepala berasa pening. Begitu juga ketika sedang duduk, jangan terus bangun mendadak dan melakukan aktiviti lain.

Rajin berjalan kaki
Jangan jadikan alasan loya dan mual di awal mengandung untuk malas berjalan kaki. Tahukah ibu, dengan melakukan rutin berjalan kaki anda dapat mengurangkan rasa mual dan loya. Bahkan senaman berjalan kaki juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.


Bagi Fai, setiap apa yang terjadi sepanjang kehamilan ni just ENJOY... Ianya pasti akan menjadi kenangan terindah dalam hidup anda...





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, May 22, 2015

YES Healthy Pre-Natal Set : 6 Produk dengan 1 Harga

YES PRE NATAL: 6 PRODUK 1 HARGA jimattt RM32


ESP : penggunaan 1-1.5 bulan
Ostematrix : penggunaan 1 bulan
Vitalea : penggunaan 4 bulan
B Complex : penggunaan 4 bulan
Vitamin C : penggunaan 6 bulan
OmegaGuard : penggunaan 1-3 bulan






Adakah set ini untuk Ibu Hamil sahaja??

TIDAK... Set Yes Pre Natal ini juga sesuai untuk semuaaaa termasuk...

>> wanita yang merancang hendak hamil
>> nak kelihatan CANTIK BERSERI menjelang Syawal
>> lelaki yang nak SIHAT dan CERGAS sepanjang masa
>> nak kekal cergas ketika Ramadhan
>> orang berumur yang selalu sakit badan dan sakit lutut


Ianya sesuai untuk ANDA juga. Jomm kitaa YES SAKAN!





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, May 21, 2015

Testimoni Vivix: Nampak jauhhh LEBIH MUDA dan BERSERI-SERI dari dulu..

Biar gambar berbicara.. Cewahhh. Hihi.. Nampak sangat kan perbezaan sebelum dan selepas. Selepas beliau KONSISTEN dengan ESP dan VIVIX‬, beliau nampak lebih mudaa, lebih BERSERI-SERI, glowinggg... Tak rugi investtt BESAR untuk cantik dengan Shaklee. Sebab bukan cantik luaran sahaja, TETAPI cantik dalaman.





ESP ni PROTEIN. Protein ni makanan sel. Bila sel cukup makan, sel akan jadi kebih SIHAT. Ia amat penting untuk penukaran sel lama dengan sel BARU. Bila sel-sel lama semuanya dah bertukar, inilah hasilnya.. Kulit muka lebih GLOWING dan BERSERI-SERI..


Vivix pula adalah "tonik anti penuaan" Shaklee. Kandungan ‪‎RESVERATROL yang tinggi dalam vivix mampu menjadikan kita AWET MUDA dan nampak lebih muda dari usia sebenar..

Antara fungsi Vivix adalah Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.



Haa, amacam..?? Takkan tak nak cantik berseri-seri macam akak ni..?? Takkan nak tengok beliau sorang je nampak glowing dan awet muda..??







Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Wednesday, May 20, 2015

Resepi Kuih Deram

Kuih deram ni antara feveret Fai bila ke pasar malam.. Kalau nampk je, mesti beli.. Biasanya 5 keping RM1... Beli RM2 memang tak puas makan, kejap je dah habis. Tadi blogwalking.. Terjumpa la resepi ni. Simple je rupanya resepi kuih deram ni. Kalau rajin esok boleh la cuba.. lepas tu boleh la makan sepuas-puasnya. Hehehe...


Resepi Kuih Deram

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)



Cara memasak:

1. Masak gula merah dengan sedikit air hingga pekat
2. Masukkan tepung beras dan kacau hingga kental
Kacau adunan guna senduk (ikutlah guna apapun. jgn guna tangan sudah) sampai die jadi doh. adunan tu die tak keras dan tak lembik tapi macam meluncur je.. 
 
3. Ambil sedikit adunan ini dan leperkan. Kemudian buatkan lubang ditengah2
4. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.


ihsan google



Nanti kalau jadi Fai up entri tentang ni ya... Hihi..





Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Rentetan kes pelajar meninggal dunia... Akhirnya sudah terjawab oleh Pihak Shaklee sendiri..

Kecoh tentang kematian seorang pelajar yang dikatakan ada kaitan dengan produk Shaklee. Pihak Shaklee dah pun menjawab spekulasi tersebut...

"Shaklee's ‪#‎ALFALFA_COMPLEX‬ has been marketed for over 50 years, with tens of millions of daily servings safely consumed by more than a million consumers WITHOUT ADVERSE EFFECT. Shaklee's Alfalfa Complex is a formulation comprised of HIGHLY PURE ALFALFA, which is considered a super-food providing an array of vitamins, minerals, flavonoids and fiber.

At Shaklee, we stand behind the excellent safety profiles of all of our products. Over the last 60 years, Shaklee products have been same of the most tested and safest product in the industry. We conduct more than 80,000 tests every year to guarantee the purity and safety of each of our products.

Our Shaklee nutritional supplements are formulated based on clinical and epidemiologic research and are safely consumed by hundreds of thousands of consumers globally each year. They are designed to supplement a healthy lifestyle, fill in nutritional gaps that may occur and help support optimum function  of the body



Haa tu dia Pihak Shaklee dah bagi kenyataan tentang ALFALFA COMPLEX Shaklee... tak perlu ragu-ragu lagi dah kerana Alfalfa Complex ni DIJAMIN 100% yang asli dan semulajadi. Bukan Alfalfa je, tapiii KESEMUA PRODUK SHAKLEE ADALAH SELAMAT DAN SEMULAJADI..










Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, May 19, 2015

Layan emosi dengan cerita Isteri Separuh Masa...

Malam tadi feeling romantik tengok cerita Isteri Separuh Masa di Astro.. Biasa Fai tengok cerita ni rasa menyampah dengan perangai si Zafril tu. Malam ni senyum sorang-sorang pula. Hehehe.. Dulu zaman study, Fai ni memang "hantu" novel. Sukaaa sangat baca novel, lepas tu feling sorang-sorang. Hihi.. Dah jadi mak orang ni, nak membaca pun tak sempat dah. Takde chance nak mengadap novel macam dulu sampai berjam-jam... 


Sekarang Fai jadi suka pula dengan lagu cerita ni. Jom layan liriknya.. Sesekali feling romantik :-)


Lirik Lagu Hujung Waktu

kau selalu meragukan
apa yang disembunyikan minda
oh selalu…….

kau selalu bertanyakan
apa benar ku rasakan cinta
oh selalu…….

Kurasakan tetapi ku hanya kaku
dan membisu kelu

aku cinta padamu
walau tiada lagi
hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu
biarpun bintang jatuh
langit gugur hingga hujung waktu

bila tahu isi hati
ku tahu kau akan lari pasti
ku rasakan

biar jadi tanda tanya
biar ku simpan di dada saja
ku rahasiakan

sampai mati masih ku membisu
walau aku merasakan
aku cinta padamu walau tiada lagi
hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu
biarpun bintang jatuh
langit gugur hingga hujung waktu

mengapa baru terjaga
mengapa baru ku sedar
melihat dunia ku
kian runtuh tanpamu

bodohnya ku menyendiri
segalanya ku sembunyi
namun ku harus luahkan jua

aku cinta padamu walau tiada lagi
hijau bumi masih terabadi
aku cinta padamu walau tiada lagi
hijau bumi masih terabadi

aku cinta padamu
biarpun bintang jatuh
langit gugur hingga hujung waktu





Gambar sekadar hiasan :-)






Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15
I'm more than willing to help

Sunday, May 17, 2015

Shaklee bukan penyebab kematian beliau.. Sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan...

Perkongsian dari rakan Shaklee Fai berkaitan isu kematian seorang pelajar yang dikatakan berkaitan dengan produk Shaklee.


Saya nak ucap takziah dan melahirkan rasa simpati jika ada yang menuduh produk Shaklee sebagai penyebab kematian dan timbulnya penyakit-penyakit lain. 

Saya rasa tak adil nak menyalahkan produk kalau takdirnya memang sudah sampai ajal. Beraninya nak lawan kuasa Allah. Kalau tak ambil produk Shaklee adakah umurnya masih panjang? Itu semua perancangan Allah bukan hak manusia nak campuri urusan hidup dan mati. 




Kalau betul produk Shaklee merbahaya, dah lama pupus semua SID dan customer. Bukan yang di Malaysia jer... Pengguna di USA mati dulu dah sebab Shaklee bermula sejak tahun 1956 di sana.



FB beliau di SINI



Fai pun dah bertahun-tahun makan produk Shaklee ni. Sejak tahun 2011 lagi. Dari sebelum mengandung, tengah mengandung, menyusukan Adam sampai lah sekarang. Alhamdulillah kesihatan semakin bertambah baik. Fai pun dah pernah buat health check up, dan resukt menunjukkan kesan POSITIF, body age Fai 18 tahun.. 9 tahun lebih muda dari usia sebenar. Bermakna sel-sel dalam badan SIHAT dan ENERGETIC macam kita ni berusia 18 tahun. Tak rasa tua... Sebab tu lah agaknya Fai ni jarang rasa penat.. Cuma kalau "overdose" buat kerja tu memang la kepenatan. Nama pun manusia, lumrah la. Betul tak?


Tak kenal maka tak cinta..

Fai dan keluarga memang dah JATUH CINTA dengan Shaklee, kerana kami yakin kesemua produknya SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN...





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Adakah tanda-tanda ini menandakan Shaklee tidak sesuai dengan saya?

Customer yang baru makan Shaklee ni rata-rata akan tanya kat Fai macam ni.. "Saya ambil produk Shaklee tapi rasa mual-mual, rambut gugur, demam tiba-tiba, jerawat naik pula. Saya tak sesuai ke dengan produk ni?"

Bagus pertanyaan ni sebab ramai orang tak bertanya atau salah tanya pada tempat yang betul. Akhirnya mereka berhenti consume tanpa dapat pengetahuan sebenar bahawa itu adalah healing crisis.

 
 

- Sebenarnya, Fai dulu pun macam tu. Selama 25 tahun tak pernah pun kenal supplemen semua ni. Tubuh semua 'berkarat' akibat toksin dalam badan. Bila telan je supplemen, proses menghakis 'karat' secara dalaman pun berlaku. Maka keluar tanda-tandanya, sebagai isyarat supplemen sedang bekerja.


- Tubuh manusia tidak sama hormon dan sifatnya. Kerana itu, tempoh healing crisis ini tidak sama.

Fai dulu, healing krisis ni dalam seminggu je. Mungkin sebab metabolisme Fai tinggi. Jadi, proses 'pembersihan' karat tadi berlaku dengan pantas sebelum proses 'pembaikpulihan' berjalan. Tapi dalam tempoh healing krisis tu, agak "teruk" jugalah keadaan Fai. Sakit-sakit satu badan, sakit kepala, rasa macam nak demam, sakit tekak... Memang lepakkk...

 

Ada juga yang mengambil masa, mengalami healing krisis ini sehingga hampir 120 hari haid kelam kabut berlaku. Ya, itu adalah tempoh maksimum. Tapi yang seronoknya, selepas itu, ia mengandung. (>___<)

- Jika masih terus berlaku healing crisis setelah tempoh 120 hari itu, Fai nasihatkan anda berjumpa dengan doktor. Ada kemungkinan anda mengalami tumor (ketumbuhan) dalam badan yang tidak boleh diatasi oleh supplemen melainkan dengan jalan pembedahan.

Ketumbuhan ini bukan terjadi selepas 3-4 bulan ambil supplemen ye. Ketumbuhan mengambil masa bertahun untuk membesar secara senyap.

 
- Jika anda kata anda tidak sesuai dengan supplemen, itu adalah kurang masuk akal kerana supplemen adalah dari tumbuhan semulajadi dan prosesnya juga terkawal dengan ribuan kajian saintifik.

Kita daripada tanah dan apa jua dari tanah adalah sesuai dengan badan kita KECUALI yang memudharatkan atau alahan. Jika anda alahan kepada durian, maka jangan makan supplemen yang dihasilkan dari durian. Begitu juga dengan tumbuhan yang lain.

 
Info ni berdasarkan pengalaman sendiri dan ada juga yang Fai kongsikan daripada pengalaman rakan SID Fai. Pakar kesihatan boleh tegur jika ada kesalahan dalam tulisan ni ye.

 
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.

 

*PILIH pengedar yang betul dengan bimbingan berkualiti ye.




 






Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Saturday, May 16, 2015

Kronologi Israk dan Mikraj, betapa pentingnya ibadah Solat

Sempena memperingati peristiwa yang hebat ini, renungilah peristiwa Isra’ dan Mikraj melalui Al-Quran sendiri. Bacalah satu persatu ayat dari surah Al Israa…

Andai anda tidak pasti apa itu Isra’ dan Mikraj, peristiwa ini ialah tentang:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Qur’an 17. Al Israa’: 1)





Fai sangat terkesan dengan ayat ini..

Malaikat Jibril tidak menjadi pengantara penerimaan ibadah solat dan ia tidak pernah berlaku pada ibadah-ibadah lain. 


BETAPA PENTINGNYA IBADAH SOLAT TERHADAP KITA SEMUA... 

Semoga kita semua dapat sama-sama menjaga ibadah Solat ini, sama pentingnya sewaktu ia mula "diserahkan" kepada Baginda Rasulullah SAW.
 


penerangan lanjut tentang Isra' Mikraj, klik SINI




Salam Isra' Mikraj 





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, May 14, 2015

Private Session #2

Malam tadi ada buat private session dengan anak cucu Project Millionaire Team tentang program BARU Shaklee iaitu YES Program..




Buat secara santai je kat rumah Fai. Slide pun tengok kat laptop je. Hihi... Lepas ni nampak gayanya mummy kena lah beli projector dengan whiteboard. Senang nak conteng-conteng...

Sesekali jumpa anak cucu macam ni memang besttt... Bukan cerita tentang Shaklee je. Macam-macam topik keluar.. pasal kuih raya, pasal tempahan manik di baju, pasal kahwin la.. cerita kahwin ni sebab ada sorang dalam gambar ni masih anak dara lagi. hihihi...

Semoga apa yang disampaikan semalam dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan apa yang Shaklee tawarkan ini untuk kita bantu lebih ramaiiiii orang di luar sana. Banyakkk lagi sebenarnya kehidupan di luar sana yang kita masih belum "sentuh". Teruskan berkongsi tentang Shaklee... Kerana masih ramaiii lagi yang tidak tahu apa itu SHAKLEE..



# dapat msg dari seorang anak Fai yang join private session semalam.. Be;iau update, hari ni ada 2 orang yang nak register ahli bawah beliau... Alhamdulillah... Fai tumpang happy. Sebab itu lah upline Fai, mama Cery selalu pesan kena rajinkan diri ke kelas. sebab dalam kelas kita saling menyebarkan cas-cas positif. bila jumpa sesama sideline kita rasa happy. perasaaan happy itulah yang menjadi MAGNET untuk menarik orang sukaaa dengan kita...
 




Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Wednesday, May 13, 2015

Kembali kepada asas kehidupan berpandukan Al-Quran

Perkongsian kelas agama bersama Ustaz Shauqi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin di FTC... Sharing dari rakan SID Fai... Jemput bacaaa... sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..


Kembali kepada asas kehidupan berpandukan Al-Quran

Kenapa Al-Quran diturunkan?
Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Diturunkan kepada umat Islam untuk menjadi panduan, pegangan dan cara hidup .

Pada masa kini, adakah Al-Quran dijadikan pegangan hidup?
1. Baca Al-Quran – setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali
2. Baca Al-Quran tetapi tidak memahami maksud
3. Baca Al-Quran, faham maksud tetapi tidak menjadi amalan
4. Al-Quran hanya pada masa tertentu sahaja – Kelas mengaji, majlis agama, sebagai hantaran
5. Tidak membaca langsung

 
3 cabaran dan dugaan terbesar:

1. Godaan Nafsu – Inginkan yang terbesar, terhebat, termahal dsbg
2. Godaan Syaitan – Meninggalkan suruhan Allah, melakukan yang dilarang
3. Tuntutan Dunia – Hiburan yang melalaikan, mengabaikan tanggungjawab, gila kuasa

 




Andaikan 1 waktu solat = 5 minit.
5 waktu solat = 25 minit.
Masa yang Allah beri 24 jam sehari
Jadi, hanya 25 min sahaja yang diperuntukkan untuk bertemu Allah.
Apa yang kita lakukan untuk 23 jam 35 min?
Inilah 3 cabaran dan dugaan terbesar – Nafsu, Syaitan & Dunia

Kehidupan didunia, perlu ada matlamat, hala tuju, syurga atau negara – perlu ada ilmu, perlu ada panduan iaitu Al-Quran. 




Ambil peluang dari sisa-sisa umur yang ada untuk kembali kepada jalan yang benar. Menyerah diri kepada Allah, lakukan dengan rela hati dan ikhlas, solat, mengaji, sedekah sdbg. Lakukan segera perubahan kerana Allah berpandukan Al-Quran.

 

Semoga bermanfaat





Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Bagaimana Vivix Mencegah Kanser?

Kali ni Fai nak share pula bagaimana dikatakn Vivix membantu dalam mencegah kanser. Kanser terjadi apabila terdapat SEL di dalam badan yang ROSAK, MENDUPLIKASIKAN dirinya sendiri TANPA KAWALAN.



 

Sel yang sihat biasanya akan mati dengan ‘membunuh dirinya sendiri’ dalam proses yang dinamakan apoptosis atau juga dikenali sebagai Programmed Cell Death (PCD). Proses ini berlaku selang beberapa hari dan penting supaya SEL BARU dapat DIBENTUK dan SEL yang ROSAK dapat DIBUANG.

Proses apoptosis ini dikawal oleh signal-signal daripada sel itu sendiri atau daripada luar sel. Dalam SEL KANSER, SIGNAL untuk sel tersebut MEMATIKAN DIRI TIDAK DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA SEL TERSEBUT MENYEBABKAN IA TERUS HIDUP DAN BERANAK PINAK.

Bagaimana hendak MENYEKAT pembiakan sel yang semakinnn banyakkk ini..??



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENCEGAH KANSER

Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah RESVERATROL yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.



 
Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser :

√√ Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.

√√ Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar.




√√ Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara.

√√ Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.


√√ Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.






BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT KANSER

Kajian yang dilakukan telah membuktikan resveratrol mempunyai peranan dalam mengawal sel kanser, sama ada mencegah pembentukan sel atau membantu dalam proses rawatan. Kebolehannya menghentikan sel kanser berkait rapat dengan fungsinya yang membunuh sel kanser tapi memelihara sel yang normal. Berbeza dengan kemoterapi yang tidak spesifik yang menyerang kedua-duanya sekali, sel kanser dan sel normal dan memberi kesan tidak baik kepada sel normal juga. Sebaliknya, resveratrol tidak membunuh sel normal, malahan melindunginya disamping membunuh sel kanser.

Kemampuan resveratrol dalam mengawal sel kanser termasuklah kebolehannya meneutralkan radikal bebas, pengaktif atau penyahaktifkan enzim, gen, hormon atau bahan kimia tertentu dalam tubuh yang boleh mencegah pertumbuhan dan perkembangan sel kanser.






Sebotol Vivix berharga RM475 dan untuk kegunaan sebulan. 

Kanser bukanlah penamat jalan hidup. Tidak salah kita berikhtiar berusaha merawat kanser dengan Vivix... Berikan diri anda "peluang kedua" untuk meneruskan hidup. Selebihnya berdoa agar Allah perkenankan hajat kita. InshaaAllah.....





Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015