Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, February 21, 2014

Keajaiban Sedekah.. Mesti baca!!!

Perkongsian dari rakan group whatsapp.. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Jemput baca...
______________________________________

More we give, more we get....

Keajaiban Bersedekah;
Mesti Baca !!!!

Assalamualaikum, 3 minggu lepas saya menghadiri satu seminar selama 5 hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari. Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka 'tersangat' kaya. Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an. Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan. Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta. Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat. Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Nasihat Dari Para Jutawan

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu. Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka. Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?









Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar. Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet. Tiba tiba, bila saya buka beg duit. Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!! Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika. Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid. Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?"

Tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat. Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah. Apa Berlaku Pada Hari Jumaat? Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya. Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni. Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut. Allahu akbar. Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800. Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut. Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka. Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu. Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada. Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah. Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH. Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada. Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.







Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan. Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua... Jom Bersedekah. Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman. Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.
 
Wasalam

________________________

Banyakkk pengajaran yg dapat diambil dari kisah ini.. Semoga ianya menjadi iktibar buat kita semua. Mulai hari ini Fai akan cuba utk berikan yg TERBAIK ketika bersedekah. Tak nak dah ade rasa ragu2 untuk bersedekah duit yg paling besar ada dalam wallet... Hihi.. Semoga kita juga akan mendapat pulangan yg terbaik. InshaaAllah..




Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, February 20, 2014

Shaklee.. dulu, KINI, dan selamanya...

Fai start makan Shaklee April 2011.. Dah nak masuk 3 tahun Fai konsisten makan vitamin Shaklee ni. Dari sebelum pregnant, pregnant, bersalin dan menyusu.. sampailah sekarang...

Alhamdulilah kesihatan bertambah baik. Sejak makan vitamin Shaklee ni tak pernah lagi ke klinik kerana tak sihat. Rasa macam nak demam, selsema dan batuk tu ada juga tapi Fai cuma makan vitamin je.. Sebab Fai TAK NAK masukkan "benda asing" dalam badan kerana ubat ni fungsinya cuma utk menahan sakit BUKAN merawat punca sakit.

Masa pregnant, Fai mengalami masalah HB low. Masa tu Fai memang sangat susah hati sbb HB low ni SANGAT BAHAYA kepada ibu dan baby. Nurse di KK Masai suruh banyakkan makan makanan yg blh tambah HB mcm kerang, hati, ikan bilis, buah jambu batu. Makan kerang dan hati banyak sanagt tak bagus, so Fai cuma banyakkan makan jambu batu dgn ikan bilis je. Dalam masa yg sama, Fai tambah pengambilan Vitalea Shaklee dari 2 biji sehari menjadi 4 biji sehari. Alhamdulillah berkesan! HB Fai dari 10.7 bertambah ke 11.4 dalam masa 5 hari.. Sejak dari hari tu, Fai konsisten dgn 4 biji Vitalea sehari sampai lah time nak bersalin. Check up terakhir sebelum bersalin, HB Fai mantain 13.0.. Syukur!

Dalam pantang, Fai teruskn dgn Shaklee. Kali ni Fai tambah Vivix dan Zinc utk cepat baik luka. BONUSnya, susu mencurah2.. basah lencun baju dibuatnya. Alhamdulillah.. Nurse ada bagitahu, ibu bapa berdarah O ni risiko tinggi utk anak dapat kuning. Ye, Adam memang kena kuning. Fai memang risau sebab takut Adam kena tahan ward. Tapi syukur kerana bacaannya tak tinggi. Cuma perlu cucuk 4 kali je.. Fai cuma kerap BF Adam, dan banyakkan mkn anggur hijau..

Yang bestnya, tulang Adam sangat kuat. Kepala Adam tak lembek.. Nurse yg datang check semua akan cakap "kuantnya dia.." Hihi.. Alhamdulillah, ni semua sebab Fai konsisten makan Ostematrix Shaklee. Dulu masa pregnant makan ostematrix ni sebab tak nak sakit pinggang dan nak elakkan simpil biawak. Tapi yg bestnya effect kat Adam juga..


muka berisi sejak dah pandai makan. hihi..


Sejak bersalin, sampailah sekarang Adam dah nak masuk 7 bulan.. Fai tak pernah lagi skip minum ESP.. Kulit Adam memang cantik, bersih jer dan Adam takde ruam susu. Yang besntya, kulit dia semakin PUTIH! Syukur sangat Adam tak pernah demam teruk, cuma macam nak selsema je... dan ada sekali je badan macam panas..

Fai sangat bersyukur ditemukan dgn supplemen semulajadi Shaklee ni. Alhamdulillah, tq Allah...







cinta hati saya :-)






Jika anda sedang HAMIL, cubalah OSTEMATRIX dan VITALEA
Jika anda sedang BERPANTANG, cubalah ESP, ZINC COMPLEX, VITAMIN C, OSTEMATRIX
Jika anda BREASTFEEDING, cubalah ESP, OSTEMATRIX, VITALEA, VITAMIN C


Sesungguhnya nikmat kesihatan itu tak dapat dijual beli..





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, February 18, 2014

Kessler Multi-Function Steamer - steamer yg sangat comel..

Sejak Adam dah makan ni, Fai suka survey gadjet yg boleh menjimatkan masa utk menyediakan makanan Adam. Fai lebih suka steam makanan Adam sebab vitamin dan mineralnya masih terpelihara bila kita steam. Nak guna pengukus kat rumah ni besar sgt, Fai rasa mcm membazir gas pula.. Yela, Adam makan bukan banyak pun. Kalau brokoli tu 2-3 pokok kecil je. So, Fai survey la steamer yg lebih kecil...

Fai suka beli kat Lazada. macam2 barang ada dalam tu. Taip jer la apa yg kita nak. Kat ruangan "search" tu Fai taip "small steamer"... Banyak pilihan yg ada, macam2 brand, macam2 harga. Tapi Fai tertarik dengan Kessler Multi-Function steamer ni. Comel je.. Hehe.. Siap dapat free loyang utk steam lagi... Petang nnti hubby balik nak "kautim" la dgn dia dulu. Harap2 dia bagi green light untuk beli steamer ni. Hehe..

Harganya pun sangat berpatutan, cuma RM88 dgn setahun waranty. Ok la tu kan..




Fai mula "terjebak" dgn Lazada ni masa dalam pantang.. Yela, time tu kan duduk rumah je. Nak keluar beli barang susah... Beli online je la jawabnya. Banyakkk kali dah beli dgn Lazada ni, servis memang terrrbaik. Cara bayaran boleh pilih samada nak bayar online via credit card ataupun bayar cash. Best kan?


# dalam kepala ni dah sibuk memikirkan jadual menu makanan utk Adam... harap2 dpt la green light dri en.hubby untuk beli steamer ni :-)




Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, February 17, 2014

Tommie Tippee Explora Easiflow

Sabtu lepas belikan Adam Tommie Tippee Easiflow ni untuk dia belajar minum air guna cawan. Mule2 ingatkn nak belikan yg biasa je, tpi jenis mcm tu airnya senang melimpah. Untuk umur mcm Adam ni tak sesuai sbb boleh sebabkan tersedak..

Harga Tommie Tippee Easiflow ni agak mahal, dlm RM30.. Tapi sangat berbaloi. Airnya takkan keluar selagi Adam tak "suck" muncung cawan tu. Kelakar tengok gelagat Si Adam ni.. Dia tak pandai "suck" lagi, digigit2 nya muncung cawan tu. Hihi...


Mommies yg baru nak ajar bby korang minum guna cawan, highly recommended beli Tommie Tippee Easiflow ni..


Wednesday, February 12, 2014

Vitalea dan ESP, gabungan mantap untuk kesihatan secara menyeluruh

Kalau malas sangat nak makan banyak vitamin, Fai akan suggest customer untuk ambil Vitalea dan ESP sahaja.. Dua vitamin ini dah cukup untuk buat kita energetic, sihat, cantik, gebusss, memutihakn kulit, untuk diet, kawal gula dalam darah... dn banyak lagi lah..

Kenapa Vitalea dan ESP?

Jom kita tengok apa fungsi kedua-dua vitamin tersebut





Vitalea Iron Formula
  • Multi-vitami dan mineral PERTAMA yang dicipta di dunia.
  • Setiap tablet mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang penting untuk fungi tubuh.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
  • Dihasilkan dengan kaedah teknologi terkini yang disebut "EXPLO-TABS"
  • Tablet multivitamin yang PALING PANTAS DI DUNIA TERLARUT dalam air dan usus manusia.
  • Mineral dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas dalam usus kecil.
  • Ujian Klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

Jika diambil setiap hari, Vitalea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
 


ESP (Soy Protein isolate)

  • ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
  • Mengandungi Isofalvones, berfungsi untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat.
  • Dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) - penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.
  • ESP memenuhi tujuh kriteria yg telah ditetapkan untuk pemilihan protein soya yg terbaik





Kesimpulannya, Vitalea penting utk membekalkan nutrisi kepada sel dan memastikan sel sihat, manakala ESP merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.





Dah cuba baru tahu "kehebatan" dua supplement ini..



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, February 7, 2014

Mereka adalah tulang belakang Fai dalam Shaklee

Hari ni saje nak share orang "kuat" disebalik kejayaan fai dalam Shaklee.. 

Yang pertama tentulah my dearest hubby, Mr.Ayie.. Tanpa restu darinya, Fai tak kan berada di tahap sekarang. Dia lah yang tolong belikan vitamin kat branch, tolong pos vitamin, tolong COD vitamin. Dia juga yang tolong bagi idea untuk Fai coaching anak-anak buah. 

Yang kedua, my nyawa - Adam Hussin. Dia lah push factor Fai untuk WAHM. Tiada perasaan yang dapat digambarkan ketika ini kerana dapat melihat dia membesar di depan mata, dapat melihat detik pertama dia pandai melakukan sesuatu, dapat menyuap dia makan setiap hari.. Syukur sangat kerana dipermudahkan jalan Fai dengan Shaklee.. 



Ibu dah ayah.. Kerana doa mereka jugalah Fai berada di tahap sekarang. InshaaAllah Fai akan bawa mereka menunaikan umrah pada tahun 2015.. Ini sahaja yg dapat Fai lakukan untuk membalas jasa mereka berdua. 



My mentor, Cery Mamafaiz. Dialah "mama" Shaklee Fai.. Tanpa kesabarannya mendidik anaknya yg "manja terlebih" ini lah menyebabkan Fai berada di tahap sekarang. Ingat lagi, tahun pertama Fai terjebak dengan Shaklee. Dialah tempat Fai selalu mengadu.. Tapi sekarang anak mama ni dah besar, dah pandai berdikari. Hehe..

masa kelas kat KL. masa ni baru setahun jagung dgn Shaklee




Master Celebration Master Shareeza




Sesi Magic Melaka :-)



Semua anak cucu cicit piut Infinite Limit. Tanpa mereka, siapalah Fai.. Mereka adalah penguat semangat Fai, kerana mereka jugalah Fai berada di tahap sekarang. Kami bukan sekadar antara "upline" dengan "downline" tapi lebih kepada satu keluarga besar. Setiap kali jumpa, ada jer perkara yg akan dibualkan... Impian Fai untuk membantu mereka semua sama-sama merasa apa yang Fai dah rasa dengan Shaklee. Jika mummy boleh, anda pasti boleh. Ingat kata-kata ni, "anda semua lebih hebat dari Fai" (>___<)


Syawal 2013, masa ni masih cuti pantang lagi. Adam baru nak masuk 2 bulan

Sesi Magic Melaka.. semua ank cucu yg turun dari JB


Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang Fai dalam Shaklee... Sayanggg anda semua..





Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, February 6, 2014

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan: Puri Avocado

Adam dah pun 6 bulan.. Setelah google segala info, Fai buat keputusan untuk berikan Adam PURI AVOCADO sebagai makanan pertamanya.

Kenapa Avocado?

Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi pada usia 6 bulan.

Menurut Annabel Karmel, penulis buku terlaris di UK tentang pemakanan kanak-kanak, avokado merupakan makanan yang paling sesuai sebagai makanan pertama semasa proses penceraian susu. Avokado kaya dengan lemak mono-tidak tepu, sejenis lemak yang ‘baik’ dapat menurunkan risiko sakit jantung. Buah ini mempunyai kadar kalori yang tinggi berbanding buah lain, menepati keperluan bayi yang sedang membesar. Ia juga kaya dengan vitamin E yang boleh bertindak sebagai antioksidan mencegah kanser serta meningkatkan daya sistem imun badan. Tambahan pula, avokado sangat mudah untuk dicerna oleh bayi.



Cara menyediakan Puri Avocado



Belah avokado kepada dua bahagian, keluarkan biji




Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu




Tambah sedikit air masak dan lecek sehingga lumat. 
Abaikan warna dalam gambar ni, kerana sepatutnya ia berwarna hijau. 
Almaklumlah, HP canggih sangat. Hihi..




Tips Penyimpanan Puri Avokado
  • Untuk menjimatkan masa penyediaan puri di masa hadapan, anda boleh menyediakannya dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
  • Puri avokado tahan lama sekurang-kurangnya dua minggu. Simpan puri di dalam bekas kiub ais dan tutup dengan kertas aluminium sebelum disimpan di dalam peti.



Rupa avokado yang telah masak


Tips lain:
  • Biasanya avocado yang dibeli dari pasaraya belum cukup masak untuk dibuat puri - hijau muda/tua, keras.
  • Simpan Avocado dalam bakul, terdedah dengan udara di dalam suhu bilik supaya avocado boleh masak dalam masa satu hingga tiga hari. Avocado tidak akan masak jika disimpan dalam peti sejuk.
  • Tanda-tanda avocado masak - kulit berwarna perang keseluruhannya, lembik bila ditekan. Awas: Jika lebih dari tiga hari di luar peti sejuk, kemungkinan besar avocado menjadi busuk.
  • Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim. Baunya memang seperti daun dan rasanya seperti mentega kelat.





sesekali dapat pegang stereng suka betul dia! hihi..


Reaksi Adam?

Adam SANGAT SUKA dengan puri avokado. Laju je dia makan. Rasanya memang macam mentega kelat dan bau seperti daun. Hihi.. Teksturnya juga agak berminyak, sebab tu lah senang je si Adam ni membuang. Tak sempat nak snap first moment bagi Adam makan sebab dia pun sibuk nak pegang sudu. Hehehe...





Sumber: KeluargaBaru, Pama



Your Shaklee Distributor,
 
Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, February 4, 2014

Vitalea Shaklee, Multivatimin Ke-2 TERBAIK di Dunia

Dulu masa zaman sekolah makan multivitamin sebab tak nak badan penat.. Ingat lagi, masa tu multivitamin tu warna merah. Bila pegang lama sikit nanti warnanya akan luntur ke tangan. Memang langsung tak tahu tentang vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik ni. Main makan je...

Sejak dengan Shaklee, baru Fai tahu yg Fai pernah makan dulu rupa-rupanya vitamin sintetik. Better late than never. Sekarang pilihan Fai off course la Shaklee, 100% SEMULAJADI dan HALAL.

Multivitamin Shaklee dikenali sebagai Vitalea. Merujuk kepada website Multivitamin Reviews and Comparison, Vitalea adalah MULTIVITAMIN KEDUA TERBAIK DI DUNIA. Alhamdulillah pilihan Fai adalah antara yang terbaik..








Jom baca FAKTA Tentang Vitalea
  • Multi-vitamin PERTAMA dan mineral pertama yang dicipta di dunia.
  • Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min" dan perkataan vitamin yang disebut kini adalah asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yg dikenali sebagai Vitalea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
  • Dihasilkan dengan kaedah teknologi terkini yang disebut "EXPLO-TABS"
  • Tablet multivitamin yang PALING PANTAS DI DUNIA TERLARUT dalam air dan usus manusia.
  • Mineral dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas dalam usus kecil.
  • Ujian Klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakitnsebanyak 65%



inilah rupa multivitamin Shaklee. credit pic to naturalvitamin2u.com




Jika diambil setiap hari, Vitalea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


Vitalea Shaklee, sebotol 120 biji hanya hanya RM88.75 
Sebiji cuma RM0.75
Sehari anda cuma perlu laburkan RM1.50 untuk kesihatan menyeluruh secara optimum. 



Fai dah makan Vitalea ni hampir 3 tahun. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni tak pernah kena sakit teruk, tak pernah ke klinik kerana tak sihat. Masa pregnant dulu pun HB mantain 13.0 sampai masa nak bersalin. Menyusukan Adam pun badan tak penat.. Setiap hari Fai wajib telan Vitalea 2biji lepas lunch, rasa bersalah pada diri sendiri if terskip makan Vitalea. Hihi..





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015