Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, January 24, 2014

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan

Hari ni genap Adam Hussin 6 bulan.. Rasa macam baru je semalam bersalin. Sekejap je anak ibu ni dah besar. Dah boleh start makan dah pun... Hehe..

InshaAllah setiap hari Fai akan masakkan untuk Adam. yelah, sekarang ni kan dah housewife. Boleh la nak masak hari2. Hehe... Ni antara yg Fai sempat google untuk makanan pertama bayi 6 bulan. Semoga membantu ibu2 di luar sana. Ianya sebagai rujukan diri sendiri juga (>___<)

Jadual bawah ni ikut turutan paed & ikut rasa. Tidaklah berturut-turut manis je, tidak juga tawar hebeq, tidak juga pahit je. Dengan harapan baby taknak la yang manis saje.

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan

Ada note kecik kat bawah tu rules2 yang penting. Maksud mix 'old' and 'new' tu macam ni. 
'Old' - makanan yang kita dah berjaya sebelum ni & lepas 4 hari makan & takde tanda alergik.
'New' - makanan yang kita pun dah berjaya baru2 ini. 

Contoh dari jadual kat atas.

Old = Rice
New = Apple
Hari ke14 korang mixkan rice + apple sebab both dah lepas ujian alergik. 
Korang tak boleh mixkan rice dengan carrot lagi sebelum hari ke24.


Planner ni memang sangat membantu especially ibu anak first macam Fai ni.. yela sebelum ni langsung xde pengalaman bagi baby makan kan. Ibunya pulak yg excited terlebih. Hehe... InshaaAllah Fai akan bagi Adam makan ikut Planner ni...


Senarai makanan ikut bulan






Planner dah ada, list makanan dah ada.. Senanggg la nak sediakn makanan untuk Adam... Hihi..



Nak share sedikit cara penyediaan puri.


Kumpulan Bijirin

Bubur Nasi (Hidangan dua orang)

  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.
Cadangan
  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

 # seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke


Kumpulan Buah-buahan

Stew Epal (Hidangan dua orang)

  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  3. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  4. Kisar epal dengan blender kering + sedikit air. Lepas kisar, tapis lagi untuk dapatkan tekstur yang betul2 halus bagi elakkan bayi tercekik. 
Cadangan
  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

# kukus lebih baik daripada merebus kerana nutriennya akan kekal, rebus plak nutriennya akan pergi ke air rebusan.





INFO

Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu.
Ramai berpendapat, waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan.

Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.







credit: Sakina Farhan, KeluargaBaru, MummyZahra



Semoga info-info ini membantu anda juga..




Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 



Monday, January 20, 2014

Suplemen Shaklee untuk Batu Karang

Antara Faktor Penyebab berlakunya Batu Karang

  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.
Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.
Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.







Jenis-jenis Batu Karang
Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.                                                   
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein. 
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Apakah Tanda-tandanya

  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).


Supplemen Shaklee yg disyorkan untuk merawat/mencegah batu karang

  • B COMPLEX : Mengurangkan oksalat (garam) yg membentuk batu karang.
  • VITAMIN C : Menambah keasidan urin. batu karang tidak akan terbentuk di dalam urin yg berasid. Juga membantu penyembuhan luka dalaman.
  • OSTEMATRIX : mengandungi magnesium yg mengurangkan oksalat (garam) dan MENCEGAH pembentukan batu karang.
  • ALFALFA COMPLEX : mengurangkan infeksi dan inflamasi.
  • OMEGA GUARD : membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.
  • LECITHIN : mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.






credit: Here & Here



Sebarang pertanyaan atau ingin membeli suplemen mengikut bajet anda bolehlah hubungi Fai...


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, January 10, 2014

Kisah Cinta Fai dengan Shaklee

Fai sekarang officially WAHM - Work At Home Mom.. Rasa macam dalam mimpi je. Macam tak percaya boleh duduk rumah jaga anak tapi dalam masa yg sama ada income. Kalau ikutkan keadaan ekonomi sekarang ni, nak harapkan gaji suami je memang tak cukup. Duit RM50 sekarang ni macam nilai RM5 jer.. Beli barang pun dapat 2-3 barang jer.. Kalau dulu, nak berjalan mesti kena tengok dulu perbelanjaan cukup ke tak.. Kalau dulu, rasa nak makan sedap sikit mesti kena check dulu duit ada baki berapa lagi yg masih boleh digunakan.. Nak beli barang pun terbatas... Beli yang penting2 jer. 


Fai bersyukur sangat ditemukan dengan Shaklee. Shaklee memang banyak mengubah taraf ekonomi kami sekeluarga. Alhamdulillah... Sekarang ni dah tak perlu berkira-kira lagi. Nak makan sedap-sedap sesekali boleh pegi Restoren My Friend kat Kempas, pergi Banafe ker... Nak belanja barang kat Tesco dah tak perlu berkira2 lagi.. Nak berjalan pun boleh pegi jer, dah tak payah nak planning2 sangat macam dulu. Syukur... Yang paling best, sekarang setiap bulan dah boleh belikan supplement untuk Mama (MIL), untuk ibu dan ayah. Seronok dapat msg dari ibu semalam, ibu cakap "bagus la CoQ10 yg akak belikan tu, dah tak penat sangat" Alhamdulillah, semoga mereka diberikan kesihatan yg berpanjangan... Melihat orang tua sihat adalah satu anugerah yg terindah dariNya..


Fai bermula dengan Shaklee hanya bermodalkan RM79.50.. Tak perlu modal beribu2 dan tak perlu simpan stock. Konsep yg kami amalkan adalah SHARING. BERKONGSI dengan lebih ramai orang tentang Shaklee dan dalam masa yg sama, kami diajar KONSEP MENJEMPUT REZEKI... Rezeki ini perlu dijemput bukan dicari. Bonus Fai masa bulan pertama hanya RM30... Ada juga yg cakap, "banyak tu je bonus??" Fai hanya mampu tersenyum. Bermula dengan bonus RM30 lah Fai berada di tahap sekarang, iaitu bonus hampir mencecah 5 angka. Mesti ada yg tak percaya kan?? Alah tipu jer tu..?? Nak percaya atau tak terpulang pada anda. Fai cuma ingin berkongsi apa yg Fai dah dapat dengan Shaklee. Ianya nampak macam kisah dongeng, TAPI TIDAK. Ia adalah KENYATAAN.







# 2013 mencipta sejarah untuk Fai.. Alhamdulillah Fai dapat naik 2 rank dalam masa 3 bulan. Senior Supervisor-July'13 dan Coordinator-Oct'13



Kalau masa dapat bonus pertama (cuma RM30) Fai tak sabar, Fai takkan berada di tahap sekarang. Kalau dulu Fai  menyerah kalah, Fai takkan merasa bonus 5 angka setiap bulan. Kalau Fai tak teruskan berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang ramai, Fai takkan WAHM seperti sekarang. Apa yg Fai rasa sekarang adalah HASIL USAHA KERAS DUA TAHUN LEPAS.. Walaupun agak terlambat dari orang lain, tapi Fai tetap bersyukur. Better late than never (>___<)



 # My PUSH FACTOR - ADAM HUSSIN. Fai bertekad resign dan buat Shaklee fulltime dari rumah kerana si kecik ni. Million thanks juga to Hubby kerana merestui apa yg Fai buat. Tanpa restu darinya Fai takkan berada sampai tahap sekarang.



Sebenarnya Fai masih belum puas untuk memberi.. Fai masih belum puas untuk guide anak cucu cicit untuk sama-sama merasa apa yang Fai dah rasa sekarang... Ramai lagi yg perlu dibantu untuk bangun dari tidur yg lena. 

Nak berjaya dengan Shaklee ni mudah. 
#1. Anda cuma perlu buat semuaaa apa yg "mak" suruh. 
      Jangan banyak tanya, JUST DO IT! 
#2. Buang fikiran negatif jauh-jauh... 
#3. Ada PUSH FACTOR yg kuat... 
#4. Tidak suka mencipta alasan...
#5. Sentiasa bersangka baik, terutamanya bersangka baik dengan Sang Pencipta... 


Jika anda mempunyai kelima-lima ciri di atas, hanya bermodalkan RM79.50 apa yg anda impikan PASTI akan jadi kenyataan. InshaaAllah... Fai akan bantu anda untuk sama-sama merasa apa yang Fai dah rasa sekarang dengan Shaklee di bawah  PROJECT MILLIONAIRE TEAM group... Coaching via FaceBook dan Whatsapp..

Feel free to contact Fai ya. I'm more than willing to help...



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015