Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, October 30, 2013

Perkara ASAS penyusuan yang perlu anda tahu

Jangan bermimpi nak susu melimpah ruah kalau anda sendiri "terlalu rajin" nak amalkan 5 perkara asas dalam penyusuan...
Apa dia 5 perkara asas dalam penyusuan sehingga boleh menyebabkan susu  memancut-mancut sampai basah baju?

InsyaAllah sesiapa yang menjaga 5 Perkara Asas ini, susu akan melimpah ruah. anak kenyang dan ibu lebih tenang dan bertenaga..

Yang "terlalu rajin", susah la nak dapat susu melimpah ruah…






5 Perkara Asas Penyusuan Yang Perlu Anda Tahu

1. Amalkan Pemakanan Berzat dan Nutrisi Seimbang
  • Kurangkan makanan rapu dan minuman berkafein. Lagi power, eliminate terus! Pengalam Fai sendiri, satu hari tu saje test sarapan dengan minum teh o suam... Sejam lepas tu pam, memang susu merudum. Taubat, sekarang ni langsung tak ambil kafein lagi...
  • Amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk membantu memastikan badan anda mendapat zat & nutrisi yang secukupnya
 
2. Emosi yang Ceria dan Tenang
  • Susu hanya boleh jadi lancar bila kita tenang, relax dan ceria.. Amalkan berzikir setiap kali pam/direct feed baby..
  • Salah satu cara utk ceria adalah dengan menatap gambar anak semasa pam susu... hihi.. 
  • Set Breastfeeding Shakleemengandungi B-Complex yang membantu merangsang hormon serotonin iaitu sejenis hormon “Ceria”.
 
3. Pengambilan air minimum 3 liter sehari
  • Lebih kurang 80% susu ibu adalah air. Nama pun susu, confirm lah cecair kan?
  • Jadi kalau air tak cukup 3 liter, makanlah vitamin apa pun… milk booster apa pun… Confirm susu tetap takkan melimpah ruah... Sejak BF Adam, Fai boleh habiskan sampai 4 liter air sehari. Memang akan rasa kerap haus. Tidur malam, Fai akan standby air masak dalam botol 1.5liter dan letak sebelah katil. Bila tersedar jer minum sikit-sikit..
 
4. Pam/ breastfeed 2 atau 3 jam sekali
  • Breast kita perlu dirangsang utk menghasilkan susu. Bukan setakat jaga pemakanan semata-mata.
  • Lagi kerap dirangsang, lagi banyak susu dihasilkan
  • Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply.
  • Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa low lagi, buat power pumping
 
5. Doa kepada Allah supaya diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun+
  • Sentiasa ingat, setiap yang bernyawa kat dunia ni, Allah yang tentukan rezeki dia
  • Jadi  kalau nak rezeki melimpah ruah, kena dekatkan diri kepada Allah dengan sungguh- sungguh. Berdoalah penuh pengharapan.







Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee? 
Jangan segan-segan contact Fai ye...  I'm more than willing to help (>___<)


Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, October 28, 2013

Kisah Cinta Fai dengan Babywearing..

Mula terjebak dengan babywearing ni masa Mom's and Baby Expo di Johor Bahru, 29 September 2013... Fai dgn hubby mulanya nak survey stroller sebab ktorang ni "kaki" jalan... Senang nak angkut Adam ke mana2. Kalau tak, jenuh nak dokong si Adam tu sampai lenguh2 tangan. Haha... Lagi satu sebenarnya SANGAT TAK SELAMAT ok dokong baby bila berjalan...

Entah macam mana, masa baby expo tu ktorang tergerak nak ke booth Lunatots. Kebetulan sehari sebelum tu Fai memang ade survey online tentang Boba Carrier.. Ape lagi, Fai gunalah kesempatan yg ade untuk try la gadjet yg ada. Mule-mule Fai try Boba 3G, ok not bad. Then Fai try Boba Wrap pula. Memang rase selesa. Hubby yg tengok pun die cakap nampak Fai lagi selesa dgn Boba Wrap tu.. Ktorang round2 dulu... dah nak balik baru decide beli Boba Wrap tu... Masa tu harga memang murah, RM158 jer... 

Mase mula2 nak "mewrapkn" diri tu memang kekok sikit la. Yelah, langsung xde experience... Fai belajar  wrap guna Boba Wrap ni dari youtube... Tengok banyak kali and practise... Mule2 Adam pun macam tak berapa selesa. Tapi dah "gendong" banyak kali, Adam dah mula biasakan diri. Masuk je dalam wrap, enjut2 sikit... dalam 10 minit dah tido. Senang ibu dgn papa nak shopping. Hehehe...




Fai ade join group babywearing - Selat Tebrau Babywearing... dari situlah Fai banyakkkk belajar tentang babywearing ni. Memang sangat best group tu... Sekarang ni Adam dah 3 bulan, dah tak berapa sesuai dgn boba wrap ni sebab kainnya jenis stretchy... Adam akan mudah ke bawah bila digendong. 

Sabtu lepas hubby baik hati hantar Fai kat umah "otai" babywearing Kak Ayu, sebab Fai nak cuba Meitai dia... Kak Ayu punya meitai jenis Wrap Convertion Meitai. Memang SANGAT SELESA... Fai "sewa" seminggu nak kasi feel "bermeitai"... Hihi... 

Semalam (27 Oktober 2013), pegi majlis convo adik kat UTM dgn bermeitai. Hehehe... Nasib baik ade meitai, takdelah penat nak dokong Adam.. Parking jauh, kena panjat bukit pulak tu.. Adam pun nampak selesa sangat dalam meitai...

tengok tu, lena betul die tido...


K A M I




Seriously Fai dah mula JATUH CINTA dengan babywearing ni.... Rasa SANGAT DEKAT dgn Adam. Fai paling sukaaaa tengok Adam tido dalam wrap. Nampak Adam selesa sangat. Bonding antara kami makin dekat... Nak ke mana2 pun senang... Confirm lepas ni Fai akan rinduuu saat berbabywearing dgn Adam...

Ehem..! Nak kena cari jugak ni WCMT (wrap conversation meitai). Hihihi... Sejak dah berjinak2 dgn babywearing ni, rasenya dah tak perlu lagi cari stroller.. Jimatttt duit, hehe..

Kalau korang nak menjinakkan diri dgn baby wearing ni, nak beli wrap belilah WOVEN WRAP atau WCMT... bagi Fai, dua ni memang selesa sangat untuk menggendong baby anda ke mana2. Rasenya SSC Fai tak beli dulu kot sebab dah JATUH CINTA dgn wrap. hehehe...

Antara page yg korang boleh refer tentang babywearing:

BebeSachi

Yammie Babywearing Arts






# iklan jap: sesiapa yang nak COD Vitamin Shaklee area Pasir Gudang, boleh contact Fai... ada harga "special" untuk anda yg COD dgn Fai... (>_____<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, October 22, 2013

Ini semua salah ESP Shaklee...

Ehem2... ade yg tegur Fai semakin berseri-seri... alamak, yeke?? malunyerrr... 

Ini semua salah ESP... iyer, memang salah ESP..!! ni semua ESP punya "kerja"... Hihihi...


Meh Fai nak share sikit antara kepentingan ESP untuk kita..

  • nak KURUS - ESP mengawal selera makan
  • nak PUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari 
  • nak PERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu
  • nak CANTIK - ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
  • nak SIHAT - ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya.
  • kalau PREGNANT - ESP menguatkan rahim untuk pembentukan otot baby
  • NAK PREGNANT - ESP memelihara dan memulihara rahim dan membekalkan tenaga untuk si ibu

Patutlah stock ESP kat rumah tu kejappp jer licinnnn. Restock 4 tin, 2 hari dah habisss... Semua nak gebusss dan berseri2 dgn ESP. Bukan tu jer, sebab ESP ni banyakkkkkk manfaatnya... Memang bestttt..!!!

Pantang restock ESP kat rumah, MESTI ade jer yg akan beli... sebab mereka semua dah rasa sendiri kesannya... Fai pula, kalau sehari tak minum ESP memang rasa tak lengkap jer hiduppp..... hihihi.. (>_____<)

 
Pssstttt, jom transfrom diri jaDi CANTIK, SIHAT dan BERSERI-SERI dengan ESP Shaklee...







feeling cun dgn ESP... sila jgn muntah yerk... hehe





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, October 10, 2013

Mengajar anak minum susu menggunakan botol...

Dulu masa dalam pantang, Fai risau sangat-sangat takut Adam tak nak menyusu dalam botol.. dan takut juga Adam akan keliru puting bila dah diberikan susu menggunakan botol...

Google info tentang bagaimana cara untuk mengajar bayi hisap susu dalam botol.. Memang banyakkk sangat info... Ni antaranya :



Alhamdulillah Adam budak bijak. Dia pandai minum susu dalam botol dan langsung tak keliru puting... Masa dalam pantang ada  la 2-3 kali nanny nya berikan Adam susu dalam botol... dan 2 minggu sebelum Fai naik kerja, hubby tolong berikan Adam susu dalam botol.. Rasenya memang tak sampai 5 kali pun Adam menyusu dalam botol sebelum Fai naik kerja. Tapi Alhamdulillah Adam sangat cepat adapt... First day hantar Adam ke baby sitter, akak tu pun cakap Adam pandai menyusu dalam botol. Lega hati ibu... Hihi...


rindu pula time Adam masih baby... hihi...



Dulu masa pregnant, Fai memang bercadang nak belika Adam botol mimijumi... Tapi bila baca review orang, membazir pula beli kalau Adam tak nak minum susu guna botol tu. Sebab ada yg cakap putingnya agak keras... Lastly, Fai cuma gunakan puting Orthodontic Shape Teat Jenama Fiffy jer... Murah pun murah, hihihi...


credit pic here



credit pic here







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, October 7, 2013

ESP sangat membantu memekatkan susu ibu...

Sebelum ni Fai jarang nak share tentang breastfeeding kat sini.. Yela, sebab takde pengalaman. Tak best nak cerita berdasarkan pengalaman orang ni. Tak feel.. Hihihi...

Dulu, Fai cuma dengar jer kawan-kawan bagitahu ESP ni memekatkan susu ibu.. Bila ada customer yg tanya tentang Set Breastfeeding Shaklee, Fai akan bagitahu ESP membantu memekatkan susu ibu. Tapi Fai hanya bagitahu berdasarkan pengalaman kawan-kawan... Sebenarnya tak best, sebab rasa kurang yakin... Sebab Fai sendiri tak tahu susu tu akan jadi "pekat" yg macam mana..

Tapi, bila Fai sendiri breastfeeding... dan Fai memang ambil Set Breastfeeding Shaklee.. memang TAK DINAFIKAN, ESP sangat membantu memekatkan susu ibu.. Fai sendiri dah buat eksperimen dengan membandingkan susu perahan bila Fai minum ESP dengan susu perahan tanpa minum ESP...


Fai simpan freeze ebm dlm plastik aiskrim jer. Sebab senang nak thaw, rendam dalm air tak sampai 15min dah cair. Jimat masa. Hihihi... Susu sebelah kiri nampak lebih pekat, warna kekuningan dari yg sebelah kanan kan?? Hah, tu lah bezanya susu "berESP" dgn susu tanpa ESP. hihi... Fai sendiri yg tengok susu "berESP" tu nampak sedappp... nampak lemak berkrim jer...

Last week, seminggu Fai stop minum ESP sebab tak sempat nak pegi branch. Bila pam susu, sedih rasanya tengok susu cair. Lemah jer semangat.. Nak pam pun rasa malas... susu pun kurang meriah walaupun Fai makan Alfalfa, sekali pam paling banyak dapat 4 oz jer..



Sangat happy tengok hasil perahan untuk sesi pertama hari ni.. Dapat 7 oz... Dalam gambar ni cuma 5 oz jer, lagi 2 oz dah simpan dalam peti ais. Hihi... Alhamdulillah, syukur.. Memang sangat puas hati bila tengok susu pekat... dan yang paling best sebab susu meriahhhh. Sebelum ni, masa Fai stop ESP... setiap kali pam cuma dapat 4oz jer walaupun dah makan Alfalfa.. tapi bila minum ESP, dapat 7 oz.. Harap-harap sesi kedua dan ketiga nanti pun meriah macam ni juga. Lagi satu perkara yg Fai perasan, bila minum ESP rasa cik B cepat jer penuh...

Bagi Fai, Set Breastfeeding Shaklee amat membantu dalam menjayakan penyusuan especially menyusukan baby boy. Sebab baby boy ni SANGAT KUAT MENYUSU... dan yg Fai perasan, sejak dah start balik minum ESP.. Adam suka menyusu, sampai tersedak-sedak. Papanya cakap Adam minum susu ada ESP macam makan KFC. Hehehe... Adam pun tidur makin lena... sampai ibu terpaksa kejutkan untuk menyusu. hihihi... Sorry ye sayang, lepas ni ibu janji tak akan skip minum ESP lagi. Ibu akan standby stock ESP awal-awal...




Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015