Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, January 30, 2013

You make my day

Pagi2 check inbox, senyum lebar dapat emel ni... 
(>________<)
 
Thanks dear, you make my day..






Niat Fai cuma nak bantu semua customer perbaiki taraf kesihatan dgn Shaklee.. Sebab Shaklee ni SELAMAT.. SEMULAJADI... dan BERKESAN...




Nak dapatkan vitamin Shaklee dgn SPECIAL PRICE??

Feel free to contact Fai ya... 



Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, January 29, 2013

Tips memilih sayuran hijau

Tips yang kita boleh amalkan...


Lebih banyak lebih baik

Elak dapatkan sayuran hijau daripada satu punca yg sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yg sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan yg sama, penggunaan racun perosak yg sama, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktor pengeluaran yg sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.


Tanam sendiri sayuran dan buah-buahan

Menanam sendiri dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yg segar dan sedap di makan.


Serangga jadi penunjuk

Makanan hijau yg ada sedikit kesan serangga menunjukkan ia kurang atau tiada sisa racun perosak. Bagaimanapun hati-hati akibat penggunaan pelbagai jenis racun pada tempoh yg lama kerana boleh menyebabkan makhluk perosak lali dengan racun tersebut.


Cuci bersih

Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10-20% sisa racun yg terdapat di kulit sayuran atau buah-buahan. Fai biasa rendam dgn garam dalm 10-15 minit sebelum masak... petua org tua2..


Organik pilihan yg baik

Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. 






Kadang2 beli sayur tak tahan lama bila simpan dalam peti ais.. apa yg fai buat, rendam sayur tu dgn Basic-H... Memang mcm magic.. sayur boleh jadi SEGAR... Jom cuba..








Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, January 23, 2013

Pregnancy Check Up di KK Masai

Check up kali Pertama

24 December >> buat buku merah. 

Sampai kat KK Masai pukul 7.20am.. Orang dah ramai time tu. Bg ic, then tunggu nurse panggil nama. Kena gi makmal untuk check urine dan amik darah. Memang lama tunggu sebab org ramai.. kul 9 baru nama kena panggil. Pengalaman pertama buat buku, Fai tak tahu pula kena standby siap2 bawa bekas untuk tadah urine. Haha.. Nasib baik la ada botol kosong kat toilet. Bila turn amik darah pula, Fai ingat nurse tu cucuk hujung jari jer. Rupe2nya die amik 1 tube.. Adoiii.. Fai tak tengok pun masa nurse tu amik darah, takuttt... Sebab sebelum ni memang tak pernah kena amik darah. Hehe... Rasanya mcm mana? Sakittt wooo.. Aganya sebab Fai ni jenis yg tak bape tahan sakit..

Lepas tu kena hantar darah kat Farmasi pula. Tunggu result untuk Thalasemia.. Alhamdulillah negatif.. Bawa result tu ke tempat tadi.. Rupa2nya baru nak start buat buku. Yang tadi tu semua untuk direkodkan dlm buku merah tu nanti. Hehe.. Mule2 kena timbang, berat Fai masa tu 44.5kg jer. Nurse cakap "awak ni kecik sgt la dik". hehe... 

Time ni dah 10.00am. Kesabaran mula diuji... Setiap sorang yg masuk dalam jumpa nurse, amik masa sejam baru keluar. Mak aiii... Memang lamaaa.. Perut dah lapar. Badan dah mula menggigil... Msg husband mintak tlg amikkan air dgn kismis dalam keta. Dapat la jugak alas perut. 11.30 baru nama kena panggil. Nasib baik nurse yg bertugas tu baik. Xde check apa2 pun, cuma isi butiran peribadi jer. Nama, nama husband, no tel, alamat.. etc... Ada la jugak nurse check perut, tgk ok ke x.. Pung pang pung pang, dalam 12.15 baru settle.. Seksa rasanya... Macam dah tak sanggup jer lagi nak check up kat KK ni..





Check up kali ke-2

Semalam (22 Jan 2013).

Tak nak jadi macam hari tu, so 6.30 dah keluar rumah. Gelap2 dah sampai KK Masai. Beratur siap2... Pintu buka jer terus amik no. Alhamdulillah dapat no 3.. SUKEEE... Mcm biasa, kena check urine. Kali ni Fai dh standy bawa bekas untuk isi urine.. hehe. Alhamdulillah urine ok.. Amik darah lagi, tapi kali ni cucuk hujung jari jer. Untuk check HB.. HB Fai 12.9.. Alhamdulillah ok..

Lepas tu kena timbang. Berat 43.4kg, turun 0.6kg.. Fai memang dah agak turun sebab kurang makan. Makan sikit dah rasa tak nak. Check tekanan darah. Alhamdulillah ok.. Masuk jumpa doktor. Doktor tanya da muntah2 tak, doktor check kaki tengok bengkak ke tak, check mata.. Check perut.. Then doktor cakap, "saya nak scan nak tunjung awak jantung baby"

SUBHANALLAH..!!! ALHAMDULILLAH..!!! Nampak degup jantung "dia", nampak tgn dgn kaki "dia".. Subhanallah... Macam tak percaya ada lagi satu nyawa dalam rahim ni... Excited sgt nak cerita kat hubby. Hehe...

Pagi tu settle pukul 9.00.. Memang cepat..!!! Sukeee... Next appointment 19 Feb 2013..
 





Dulu, selalu ngelat amik ESP... NOW, Fai janji dgn diri sendiri tak nak skip ESP.. Sehari wajib amik 3sudu besar ESP.. Sebab Fai tak nak next check up nanti berat turun lagi.. Kesian kat baby... Lagipun ESP ni bagus untuk tumbesaran baby.. ESP ni sumber protein terbaik.. dan off course supplemen yg lain Fai tak kan skip lagi. WAJIB konsisten makan setiap hari... Semalam masa restok vitamin, Fiona (JB Shaklee Branch Manager) pesan "bila pregnant, jgn fikir nak makan sedap jer. tapi kena makan yg berkhasiat. Sebab apa yg kita makan sekarang adalah untuk baby... tak boleh fikir untuk u sorang jer.." Yup, its true.. dan yg lebih penting, tumbesaran dan perkembangan minda kanak2 bermula seawal dari dalam kandungan lagi.. Bukan senang nak dapat si "dia". Macam2 usaha kami lakukan.. Setahun lebih kami tunggu untuk dapatkan si "dia"... Fai takkan sia-siakan amanah dariNya.. Fai akan jaga "dia" sebaik mungkin dan hanya akan berikan yg terbaik untuk "dia".. In shaa Allah...

"Sayang, duduk diam2 dalam perut mak ye.. Mak dgn papa sayang awak tau.."






Fai CeritaCinta 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, January 21, 2013

Chewable Vita-C Plus alternatif kepada Sustain Released Vitamin C Plus...

Memang ramai yang tanya tentang Sustain Released Vitamin C shaklee (biasa org panggil vit c 500mg)... Ni jawapan untuk anda..

"...Please be informed that Sustained Release Vitamin C plus will only be available in April 2013 due to certain unforeseen cirmcustances...."





TAPI jangan risau.. jangan nangis ye.. ada alternatif untuk anda iaitu Chewable Vita-C Plus dgn tambahan rumusan baru >>> BIOFLAVONOIDS dan ROSE HIPS untuk meningkatkan fungsi vit c dan mencegah pengoksidaan vit c dlm badan..

Kenapa kena kunyah?? Air liur akan memudahkan pemecahan vit c dan membuat ia bersedia untuk penyerapan sebaik sahaja sampai di usus kecil.. 


 


#Pssttt: Chewable vitamin C Plus ni belum dibuka untuk order tau... Stock yg sampai hari tu hanya untuk yg dah buat pre-order shja.. Pada fai pun tinggal beberapa btol jer lagi.. Sape cepat dia dapat :-)







Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, January 17, 2013

Penemu Multivitamin PERTAMA di dunia...

Kisah bermula seawal tahun 1915 lagi... 

Dr Shaklee menggemparkan dunia dalam bidang kesihatan dengan penemuan MULVITAMIN PERTAMA pada usia 21 tahun...

Sangat menitikberatkan aspek keaslian mutu, menyebabkan SETIAP PRODUK YANG DIHASILKAN DISOKONG OLEH KAJIAN SAINS..

Kelebihan produk Dr Shaklee ialah "sifat" semulajadinya kerana bagi beliau "Follow the laws of nature and you'll never go wrong."

dan kerana itulah Shaklee terus bertahan sehingga kini...








Kini dan selamanya...
Pilihan Fai hanya dengan Shaklee...
Sebab Fai YAKIN Shaklee adalah yg TERBAIK...



Shaklee pasti akan mengubah hidup anda, percayalah... (>___<)





Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, January 15, 2013

Thank you Allah for the precious gift..!!

Jumaat, 21 December 2012.. Hari pertama Fai dapat lihat adanya "si kecil" kat rahim ni. Masa tu baby dlm perut ni baru berusia 9 minggu 1 hari... SUBHANALLAH... Tak tau nak bayangkan perasaan time tu mcm mana... Sebak, terharu.. happy.. semua adalah... Subhanallah... Syukur Ya Allah..!!!


baru sebesar 2.30 cm :-)



Setahun 9 bulan menanti.. Macam2 usaha... Pergi check pakar sakit puan, alhamdulillah doktor cakap ok. Pergi berurut, ni pun kebetulan kawan ibu yg suggest (Fai akan share tentang ni kat entri lain).. Jaga makan... Supplemen asas memang Fai tak pernah tinggal sebagai persediaan untuk mengandung. Alhamdulillah, akhirnya penantian kami berakhir. Terima kasih atas doa family, doa kawan2... Doa kawan2 blogger.. Sebab Fai suka blogwalking kat blog mummy to be... dan minta mummy2 ni semua doakan Fai cepat dapat baby, org cakap doa ibu mengandung ni makbul. Hehe..

Sepanjang trimester pertama ni semuanya ok jer... MORNING SICKNESS memang takde... Alhamdulillah... Cuma tak boleh terlebih makan jer la. Kalau tak, mesti rasa nak termuntah. Tapi setakat ni, xde lagi muntah2. Makan tak boleh banyak. Kena makan dlm kuantiti yg sikit tapi kerap. Memang best pregnant macam ni.. Hehe... Mungkin sebab Fai dah start ambil supplemen Shaklee ni dari awal, sebab tu takde alahan sangat. Member ofis pun semua tak tahu yang Fai pregnant, sebab tak nampak pun macam Fai ni tengah pregnant. Cergas semacam.. Hehe... Kalau macam ginilah gayanya.. Anak setahun satu pun Fai sanggup. Haha..

Akhir bulan kedua, Fai dah mula rasa sakit2 pinggang.. Tak boleh diri lama, nanti kaki rasa macam nak krem. Rasa lemah. Duduk pun rasa sakit pinggang.. Tapi rasa tu bukan setiap hari, kadang2 jer... Bila check balik, rupa-rupanya Fai terlupa nak makan Ostematrix... Lepas KONSISTEN makan ostematrix, Alhamdulillah takde rasa sakit pinggang lagi. Takde dah rasa kaki macam nak krem... Memang best sangat... (>___<)
 

Alhamdulillah, syukur sangat sebab Fai ditemukan dengan Shaklee sejak dari sebelum pregnant lagi...  Sebab Fai fobia sebenarnya, takut jadi macam ibu Fai. Ibu cerita.. Masa trimester pertama, ibu sampai kena masuk ward sebab muntah2. Ibu langsung tak boleh makan apa2.. Bila dah masuk air baru ok. Ibu asyik ulang alik ke hospital je sepanjang trimester pertama... Masa baru2 kahwin dulu, ayah pun ada pesan kat Fai "dah mengandung nanti jangan jadi mcm ibu, susah.. tak boleh makan, tak blh bangun.. muntah2 jer... empat kali ibu kau mengandung, semua mcm tu.." Memang Fai tak nak jadi macam ibu.. Masa tu memang Fai dah ckp dgn diri sendiri, "masa aku mengandung nanti xde muntah2, xde morning sickness.." dan sebab tu jugaklah dari awal lagi Fai KONSISTEN makan supplemen Shaklee (ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C). Sebagai langkah berjaga-jaga. Hehe... Alhamdulillah... Trimester pertama yg sangat best..!! Syukur dianugerahkan kesihatan yg baik sepanjang pregnant... Thank you Allah for the precious gift..!!


Jom join Fai pregnant dengan Shaklee.. Memang besttt... (>___<)





Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, January 11, 2013

Tingkatkan kesuburan dengan vitamin semulajadi Shaklee

Antara vitamin yg hottt dan mendapat sambutan hangat di CeritaCinta ialah set vitamin untuk kesuburan... Sebelum beri cadangan vitamin mana yg sesuai... biasanya Fai akan tanya dulu samada customer tersebut dah pernah menjalani rawatan kesuburan di hospital atau tidak.. Ada masalah haid atau tidak.. Lepas tu baru Fai akan suggest vitamin mengikut masalah dan keperluan customer. Tak semestinya anda perlu ambil ketiga-tiga vitamin ni.. dan ada juga customer yg Fai tak suggest pun ikut vitamin-vitamin kat bawah ni. Depends kepada masalah..... 

In shaa Allah, Fai akan bantu anda semampu yg boleh.. selebihnya kita mohon padaNya...



Tiga vitamin ni antara vitamin yang membantu untuk meningkat kesuburan pasangan suami isteri... Jom tengok apa fungsi setiap vitamin dalam mengatasi masalah kesuburan..





GLA (gamma linolenic acid)
  • Membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut.
  • Membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan ketika haid kerana GLA membentuk prostaglandin.
  • Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA, untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^






Tahukah anda, Vitamin E mampu meningkatkan kemampuan reproduktif?

Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600iu – 800iu vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Vitamin E juga dikatakan mampu meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yg lebih.

Kenapa vitamin E Shaklee? Kerana
Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 10mg selenium... Selenium semulajadi membantu tubuh kita untuk menyerap vitamin E dgn lebih baik.






Kepentingan ZINC dalam kesuburan
Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meninggikan kandungan sperma.


Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dlm organ seks lelaki. Defisiensi yg serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yg lambat, perkembangan yg kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yg rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan keguguran rambut.


Zinc juga penting untuk ovulasi wanita...
Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.







Boleh juga anda suami isteri sama-sama amalkan zikir Ya Waahid ini...


“Ya Waahid!” 
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata dan tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, In shaa Allah…
Ya Allah! Ya Tuhan kami, dengan menggunakan sebahagian daripada nama-nama-Mu yang baik ini, kabulkanlah permintaan kami. Dikau telah menjanjikan akan mengkabulkan permintaan mereka yang berdoa dengan menggunakan nama-nama-Mu. Kabulkanlah permintaan kami ya Allah, janganlah Dikau sia-siakan doa kami ini.







Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, January 4, 2013

Tips kurangkan stress semasa menyusu

Fai copy tips ni dari facebook Kak Puteri Yusof...  
Tips yang sangat ringkas dan Fai yakin semua BF mommies boleh applykannya... 

Selamat mencuba (>___<)




  1. Gunakan masa menyusu sebagai masa terbaik untuk memanjakan bayi. Usap rambut mereka, bercakap, singing etc.
  2. Makan snack dan minum sebelum menyusu. Kalau kita pun dahaga dan lapar, memang lah tak seronok nak menyusu dengan perut berkeroncong.
  3. Menyusu di tempat yang sunyi dan tenang
  4. Jika berkesempatan, mandi dulu, dengan air suam untuk bantu flow susu lebih lancar
  5. Pilih position menyusu yang paling selesa untuk kita dan bayi.
  6. Dapatkan tidur yang cukup. Ada masa kita kena lupakan rumah yang bersepah, kain baju tak lipat, dan pergi tido.
  7. Cari jalan untuk bertenang dan unwind. ada orang unwind dengan meditasi, yoga, bersenam, berurut dll. solat dan berdoa adalah pilihan terbaik untuk kita orang islam to unwind. bagusnya, kita ada 5 kali sehari untuk unwind!
  8. Cari hobi atau kembali kepada hobi yang biasa kita buat. Tukar tumpuan minda selain daripada fikir pasal breastfeeding 24/7
  9. Beritahu pasangan atau ahli keluarga tentang stress yang anda hadapi, mereka pasti boleh membantu.

Good luck mommies!





>> Tips penyusuan terkenal supermodel Amber Chia

>> Tips untuk ibu yang mengepam secara ekslusif

>> Pilihan vitamin untuk ibu menyusu





Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, January 2, 2013

Dapatkan Shaklee secara COD di kawasan anda

Inginkan supplemen Shaklee secara COD? Boleh hubungi anak-anak buah Shaklee Fai yang berhampiran dengan kawasan anda...



Hana Syed

SYARIFAH HANA BINTI SYED ZUBIN (HANA)
ID Shaklee : 852746
Hp : 012-6493489

COD Area:
Pasir Gudang >> Politeknik Ibrahim Sultan,Taman Kota Masai, Johor Port, Cahaya Masai..
Batu Pahat, Johor




SYAZWANI MOHD NOH (WANI)
ID Shaklee: 888841
HP: 013-6859903

COD Area:

Pasir Gudang >> Taman Mawar, Taman Air Biru, Tmn Scientex.
Kota Tinggi, Johor.





NUR AISHAH BINTI MOHD NOR (AISHAH)
ID Shaklee : 852748
Hp : 013-7190406

COD Area:

Johor Bahru >> Kg Melayu, Majiee, Tmn Sri Amar, Tmn gembira, Larkin perdana



Nida Husnan

HASNIDAH BINTI MOHD HUSNAN (NIDA)
ID Shaklee : 888845
Hp : 019-2662359
  
COD Area: 
Kuala Lumpur >> Ampang, Pandan Mewah, Cempaka
Sekitar Menara Maybank, sekitar Pej Tanah & Galian KL.



   



Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Welcome 2013...

Berlalu sudah 2012.. Terlalu banyakkk kenangan pahit manis sepanjang 2012. Alhamdulillah, empayar Infinite Limit pun dah semakin besar. Anak2 buah bisnes semuanya semakin bersemangat nak kejar target dan impian diorang... Fai doakan semoga semua warga Infinite Limite bertambah success. Berjaya dgn cemerlang dalam apa jua yg mereka impikan. Khas buat anak buah bisnes Fai >>> JANGAN TAKUT UNTUK BERMIMPI...!! DO IT NOW..!!! (>____<)

Antara azam Fai tahun 2013 >> Mendidik anak2 buah bisnes Shaklee sama2 menjadi Jutawan Muslimah yg berjaya di dunia dan akhirat... Nak bantu anak2 buah bisnes naik rank, nak bantu mereka capai bonus 4 angka dgn Shaklee......

Semoga segalanya dipermudahkanNya... Aamiiinn ♥ ♥


In shaa Allah January/Februari 2013 ni kami akan berpindah ke rumah baru. Satu-satunya rumah yang arwah abah setuju untuk kami beli. Arwah abah jugalah yg pilih kedudukan rumah ni. Beliau pilih rumah yg mengadap cahaya matahari pagi dan no.5 dari kanan... Kami hanya setuju dengan pilihannya. Tak pernah tanya kenapa. Apa yg lebih penting pada masa tu, abah setuju untuk tinggal bersama2 kami. Tapi Allah lebih menyayanginya... Semoga arwah abah tenang dan aman di sana. Amiiinnn...


2013 ni PASTInya akan lebih hebat dan mencabar dari tahun-tahun sebelumnya... (>___<)



Semoga anda juga berjaya mencapai azam 2013...














Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015