Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, July 27, 2012

Mengekalkan HIDRASI TUBUH dengan Performance Drink Shaklee

Berpuasa di bulan Ramadan boleh menyebabkan kita mengalami PENYAHHIDRATAN dengan CEPAT. AWAS! Jangan ambil ringan tentang masalah ini kerana ianya boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yg lain...


Tanda-tanda berlakunya PENYAHHIDRATAN


Penyahhidratan yang tidak begitu kuat:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Rasa dahaga
  • SAKIT KEPALA kesan daripada tekanan atau stres mental dan/atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi
  • Mengalami keadaan LETIH LESU. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair
  • MULUT dan TEKAK terasa KERING


Penyahhidratan sederhana:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Rasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan. Ini kerana, otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius
  • DEGUPAN JANTUNG MENJADI KENCANG, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah
  • Rasa LEMAH dan TIDAK BERTENAGA disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita
  • Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot


Penyahhidratan teruk:
~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu
  • LIDAH BENGKAK
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan
  • Rasa lemah, tidak bermaya tambah ketara
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.


Untuk hidrasi sewajarnya, adalah disarankan agar anda minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakan rasa cecair tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.

Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan. Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.






Pilihan Fai untuk KEKALKAN HIDRASI TUBUH, semestinya dari Shaklee iaitu PERFORMANCE DRINK... Kenapa Fai pilih Performance Drink ni ye??



Performance Drink Shaklee TIDAK MENGANDUNGI:
  • Sukros - bahan pertama dijumpai dalam kebanyakan minuman sukan (the first ingredient found in many sports drinks)
  • Perisa buatan, pemanis atau pengawet tambahan
  • Peransang (stimulant) - seperti kafein

Performance Drink (PD) mengandungi gabungan 5 elektrolit yg seimbang untuk membantu mengoptimumkan pengekalan cecair badan iaitu 50mg potassium, 40mg kalsium, 115mg sodium,  20mg fosforus, 45 mg klorida,  5mg magnesium untuk setiap hidangan. Elektrolit adalah penting untuk penyelenggaraan cecair badan, saraf dan fungsi otot dan lain-lain fungsi badan yang penting untuk menjana aktiviti fizikal.



Details secara ringkasnya tentang Performance Drink Shaklee...
  • Minuman Hidrasi Tulen - Elok diminum ketika sahur dan berbuka puasa...
  • Memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk MENYOKONG TAHAP HIDRASI BERBANDING AIR.
  • Performance mempunyai lebih BANYAK ELEKTROLIT dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain



Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

 
Performance Drink ni sangat sesuai untuk:

♥ Org yg berpuasa
♥ Para atlit
♥ Pre and post surgery
♥ Suka tidur lewat malam
♥ Selalu keletihan (exhausted)
♥ Penyahhidratan otot
♥ Cirit – birit
♥ Tiada selera makan
♥ Rendah paras gula




Rasanya memang sedappp... Rasa oren tang...  Sangat menyegarkan jika diminum ketika berbuka puasa. Boleh dicampur dengan air kegemaran anda... Fai suka campur dgn air sirap dan ribena. Kalau minum sejuk2 lagi sedapppp. Hihi... Awal Ramadhan, PD ni kehabisan stok satu Malaysia... Memang sangat2 larissss... Jom order sekarang, jangan sampai ada yg gigit jari lagi ye... (>___<)



Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, July 26, 2012

Rahsia Kecantikan Kulit Wajah dengan Vitamin E.....

-->
Anda semua mesti dah tahu kan Vitamin E ni tersangatlah banyak manfaatnya untuk kesihatan kulit dan penjagaan kulit... Malah, kebanyakkan produk2 kecantikan sekarang ni byk mengandungi vitamin E... Hehehe... VitaminE ni bukan terhad untk kulit jer tau, byk lagi manfaat lain. Tapi... Hari ni Fai nak share kebaikan vitamin E untuk penjagaan kulit.... 

1. Antioksidan


Pertama sekali, kerana aktiviti antioksidan, vitamin e adalah penting dalam melindungi sel kulit dari cahaya ultra violet, pencemaran, dan unsur-unsur lain yang menghasilkan sel merosakkan radikal bebas. Adalah dipercayai bahawa vitamin e adalah yang paling berkesan dalam bentuk semulajadi dan bukannya bentuk asetat... asetat ni merupakan antioksidan yang kurang berkesan. Jom kte tgk krim2 yg kte pakai tu ade tak kandungan asetat ni??

2.  Anti-Penuaan

Vitamin E ditambah ke losyen, krim, dan lain-lain produk penjagaan kulit, dan seperti yang dimakan dalam bentuk kapsul, memainkan peranan dalam anti-penuaan kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda dengan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Selain itu, radikal bebas dipercayai memainkan peranan penting dalam penuaan kulit dan oleh itu aktiviti antioksidan cukup berharga untuk masalah kulit ini.





4. Membantu memudarkan parut
Vitamin E juga membantu dalam memudarkan kesan parut jerawat dan jeragat... Malah bukan setakat tu jer... Juga boleh membantu memudarkan parut chicken pox. Hihi... Ni pengalaman hubby Fai sndri... Alhamdulillah parut chicken pox di mukanya dah pudar... 





 

6. Membantu dalam pencegahan kanser kulit

Salah satu manfaat yang paling penting Vitamin E adalah pencegahan kanser kulit. Ini berlaku kerana kualiti perlindungan matahari dan tentu saja sifat antioksidan yang kuat, yang membantu mengurangkan atau mencegah kerosakan sel kulit.






Kegunaan lain Vitamin E

Terdapat pelbagai kegunaan lain vitamin e untuk penjagaan kulit:

  • membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan.
  • membantu mencegah kemunculan tompok penuaan.
  • membantu mengekalkan keseimbangan minyak kulit semasa proses pembersihan (sesuai untuk  yang menghadapi masalah kulit berminyak).

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum...

 Pilihan Fai, semestinya Vitamin E Shaklee... Hihi... Apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi? Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

sumber

_____________________________________

Anda berminat nak mencuba Vitamin E Shaklee?
Kini dlm harga yg mampu dibeli oleh semua org. 
Sila emelkan kepada nnurfairuz@gmail.com | sms 0197428120 utk mengetahui tawaran hebat ini....



Wednesday, July 25, 2012

Testimoni customer: "Masalah jerawat/jeragat, parut semakin pudar..." Sekadar berkongsi kegembiraan mereka dengan anda...

Seronok bila baca komen-komen best dari customer tentang kebaikan yg mereka terima lepas consume Shaklee after a few months. Alhamdulillah.. Takde lah Fai nak claim melampau tentang Shaklee ni. Tapi ianya boleh membantu anda memperbaiki taraf kesihatan kepada yg lebih baik...  ^__^

Jom baca sikit info tentang Vitamin E sebelum Fai share dgn anda testimoni2 customer yg happy dgn perubahan mereka sejak ber"Shaklee"...
 
  • Vitamin E is one of the important vitamins for skin problems. It is sometimes referred to as the dermatologist’s best friend.
  • A woman who suffered from a reddish, scaly and crusty blotches the size of a nickel all over her skin, was completely cleared with vitamin E. She was given high does of vitamin E daily, and a special cream containing E vitamin was applied to the skin 2 times in a day. Her skin was completely cleared in 5½ months.
  • Vitamin E also works well with vitamin C in making skin less susceptible to acne. For normal skin treatment, a 400 IU of vitamin E (dry form), taken 1-3 times a day, is recommended.
  • For external application, use vitamin E oil (28,000 IU per oz.) externally on the skin for healing abrasions and scar tissue.




Semoga testimoni yg dikongsi ni memberi manfaat kepada semua... Fai seronok sangat setiap kali dapat tolong anda perbaiki masalah kesihatan kpd yg lebih baik dari sebelum ni. Alhamdulillah, dgn izin Allah jua...












Testimoni my hubby... Kulit muka licinnn, parut pun pudar2 jer... ^__^



Mempunyai masalah kulit sehingga menyebabkan anda kurang self confident dan malu nak berdepan dgn orang ramai?? Jangan segan2 ye PM Fai Shaklee / SMS: 0197428120... InsyaAllah setiap penyakit ada penawarnya ^__^







Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, July 24, 2012

Nukilan Indah Ramadhan "Ya Allah, berikan aku kekuatan"

Alhamdulillah, hari ni hari ke-4 kita berpuasa... Semoga kita diberikan kesihatan yg baik sepanjang Ramadhan ni. Semoga kita semua boleh berpesta ibadah pada Ramadhan kali ini, insyaAllah... Pagi tadi Fai blogwalking dan terjumpa puisi ni... Besttt...! Jemput baca... ^___^







Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
walaupun diri ini sering melupakan Mu..
walaupun diri ini sering meninggalkanMu..
kerna aku tahu..
Kau takkan pernah melupakanku..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Kerna Kau lah tempat aku berlindung..
Kau lah tempat aku bermohon..
Kau lah yang selayaknya aku meminta..
Kerna diriku adalah hamba....

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
kerna solatku..
ibadatku...
hidupku dan..
matiku...
hanya untuk Mu....









Psstttt... Promosi Sustained Released Vitamin C tinggal 7 hari sahaja lagi...! Jom dapatkanya hari ni...

Sesiapa yg nak cantik berseri raya nanti, PM Fai ya... InsyaAllah Fai akan consult anda tentang suplemen yg boleh mambantu... 

Sesiapa yg nak kekal cergas dan boleh melakukan kerja harian macam biasa ketika berpuasa, meh PM Fai meh... Fai ada cadangan suplemen yg boleh membantu anda.. InsyaAllah...





Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, July 20, 2012

Pakej Ramadhan Istimewa bersama Mighty 3 Gems

Mighty 3 Gems adalah satu program kesihatan Shaklee, kini dalam pakej Ramadhan yang istimewa.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insyaAllah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.






Jom tengok apa yg ada dalam Mighty 3 Gems ni

ESP:
  • Membekalkan tenaga segera yang tahan selama berjam-jam dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Pastinya gastrik juga dapat dielakkan
  • Mengekalkan paras gula dalam darah yg rendah (penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dlm jangka masa panjang)
Performance Drink:
  • Mengandungi formulasi istimewa OPTICARB yang membekalkan tenaga dan membantu mencegah penyahhidratan..
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.
  • Rasa oren yanng sangat menyegarkan, mampu memulihkan tenaga anda dengan segera kita berbuka puasa.
 
Meal Shakes:
  • Nutrisi lengkap mengandungi 24 jenis vitamin, mineral A-Z dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita.
  • Melengkapi 35% nilai harian keperluan nutrisi.
  • Sesuai juga untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.



Berpuasa dengan Pakej Ramadhan Istimewa Mighty 3 Gems ini:
Membantu kekal cergas sepanjang hari...
InsyaAllah keesokannya kita boleh manjalankan rutin harian seperti biasa..
Membantu kita untuk mendapatkan ibadah yang lebih berkualiti...




Jom dapatkan hari ini!!








Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, July 19, 2012

Power Pumping

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu. 


Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. 


Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam. 

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni. 

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya. 


Thanks Kak Yana for the pic (>__<)



Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :) 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

credit to Sis Farihah (diambil dari SGL)


Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah... apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...

Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...




Happy pumping!






Fai (Nurfairuz) 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, July 18, 2012

The Basic Building, Family Wellness Set... Supplemen Asas untuk permulaan yang SIHAT...

InsyaAllah Sabtu ni kita akan sambut Ramadhan... Apa persediaan anda?? Apa kata Ramadhan kali ni kita berpuasa dgn suplemen Shaklee. Benefitnya >>> lebih bertenaga, rasa kenyang lebih lama dan insyaAllah kita dapat melakukan ibadah puasa dgn lebih mudah... Malam pun boleh pergi terawih, takda dah rasa penat atau lesu... Bangun pagi pun rasa segar jer... 

Jom tengok apa dia Family Wellness Set ni


Family Wellness Set



The Basic Building: Family Wellness Set - Supplemen Asas untuk permulaan yang SIHAT.

Shaklee Family Wellness Set terdiri daripada 4 Supplemen Asas dan vitamin ini paling popular dalam set penjagaan kesihatan Shaklee! Ia terdiri daripada : 
 
1. Vitalea 120 biji (multivitamin with Iron formula)
2. Vitamin C 500mg 180 biji  (sustained released)
3. B Complex 120 biji
4. ESP (soy isolate protein)850gm


Antara kebaikan Shaklee Family Wellness Set adalah:
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
  • Menguatkan system imun anda
  • Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat 

Vitalea
Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vitalea mengandungi 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan zat besi (Iron) boleh menyebabkan tekanan darah rendah, insyaAllah pengambilan Vitalea membantu dalam hal ini. Jika anda mengalami tekanan darah rendah, dicadangkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari. 


Vitamin C
Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah. 


B Complex 
Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh . Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak. Ianya juga mengelak kulit wajah kelihatan kusam tak bermaya. 


ESP (soy protein
isolate)
Protein adalah unsur terbesar didalam tubuh kita selepas air. 25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. ESP ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.




Set ini boleh diambil oleh semua tau... tak kira tua atau muda... ibu2 menyusu, ibu2 mengandung... 
Sayangi diri anda dan berikan yang TERBAIK untuk mereka yang anda sayangi .. (^__^)

Apa yang
perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini??

>>> Jika anda IBU MENYUSU: Add-on Alfalfa dan Ostematrix 

>>> Jika anda IBU HAMIL: Add-on Ostematrix

>>> Jika anda ada PERMASALAHAN KULIT: Add-on Vitamin E atau GLA

>>> Jika anda IBU BERPANTANG: Add-on Zink

 
Mudah bukan? Sebab itu set ini dikenali sebagai "The Basic Building".. kalau takde yang "BASIC" macam mana nak ada yang "EXTRA" kan..? Ehem..!! ^__^

 


Dan istimewa untuk Ramadhan, Minuman elektrolit yang hangat sepanjang berpuasa :

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.



Pengalaman Fai sendiri... Berpuasa dgn Family Wellness Set ni dgn Performance Drink ni memang sangat2 besttt...!!! Membantu kekal cergas sepanjang hari... Bertenaga... Memang lain... Kalau tak sempat sahur pun, wajib minum ESP. Malam pula lepas berbuka, minum Performance Drink ni... InsyaAllah keesokannya kita boleh manjalankan rutin harian seperti biasa.. Vitamin2 tu pula makan after berbuka. Yelah, puasa ni kadang2 kita sendiri tak boleh nak kawal nafsu. Makan pun tak seimbang, tak balance antara karbohidrat dgn protein. Vitamin2 ni membantu menampung mana2 kekurangan dalam zat makanan kita. InsyaAllah secara tak langsung membantu kita untuk mendapatkan ibadah yang lebih berkualiti... Yang PASTI, sihat dan cergas untuk melakukan ibadah terawih... ^___^








Sebarang pertanyaan, feel free to SMS | PM Fai CeritaCinta I'm more than willing to help

Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, July 17, 2012

Salam Ramadhan....

Tahun ni tahun kedua Fai berpuasa sebagai wife... Alhamdulillah, Allah masih panjangkan unmur untuk bertemu ramadhan kali ni. Puasa last year cuma berdua jer dgn hubby. FIL kena tahan ward, dan MIL yg jaga. Memang tak boleh lupa kenangan puasa time tu. Dgn hubby busy, sbb ada projek nak keluar... Ulang alik hospital hantar makanan MIL untuk berbuka. Malam pula teman hubby pergi ofis. Rumah untuk tidur jer. Memang kucar kacir, tapi enjoyyy... Tahun ni suasana agak berbeza sikit. Kami puasa hanya bertiga, Fai, hubby dan MIL. Suasanya lebih sayuuu... lebih2 lagi hubby sebab dia rapat sangat dgn arwah abah. Ape pun kami redha, Allah lebih menyayangi beliau. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat... Semoga arwah abah tenang dan bahagia di sana... Amin...

Sempena Ramadhan ni, Fai mohon ampun dan maaf atas segala salah silap sewaktu berblogwalking rumah korangg... Buat customer2 kesayangan Fai juga, mohon ampun andai ada terlambat reply emel/sms anda. Sesungguhnya Fai hanya manusia biasa yg mudah alpa. Semoga Ramadhan kali ni memberikan 1000 sinar kebahagiaan buat kita semua...







Jom hayati lagu glamer ni... Besssttt.. Maknanya memang sangat2 mendalam ^___^



HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



Semoga Ramadhan kali ni PENUH MAKNA... Mengharapkan keAJAIBan ITu terjadi.. YAKIN dan PASTI akan milikinya...




Korang, kalau ada nak tahu suplemen apa yg membantu time puasa or ada yg nak cantik berseri raya nanti... PM la Fai ye... Jgn segan2... I'm more than willing to help ^___^







Fai (Nurfairuz)
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, July 12, 2012

Tips mengelakkan jerawat tumbuh di muka...

Setuju tak kalau Fai cakap jerawat ni MUSUH KETAT kaum WANITA?? Betul kan?? Hehehe.. Honestly Fai sangat benci dengan jerawat. Memang sangat tension dan stress bila tengok ade jerawat kat muka... Jom bapplykan tips-tips yg boleh kita dilakukan untuk mengelakkan jerawat tumbuh di muka...

1. Amalkan MENCUCI MUKA 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.



*gambar sekadar hiasan.saje letak sbb Fai suka dgn Irma ni :)
 
Ramai juga kawan2 blogger yg mengadu dan bagitahu dah cuba macam2 produk untuk masalah jerawat tapi semuanya tak berkesan...Jom cuba suplemen Shaklee pula. Hihi... 

Jom tengok vitamin apa yg boleh membantu anda dalam masalah ni...


B Complex >>> penting sebagai ANTI STRESS. sebab stress adalah PUNCA UTAMA masalah  JERAWAT..!

Vitamin C >>> C for COLLAGEN... Penting dalam pembentukan kolagen dan tisu penghubung yang lain untuk menjadikan kulit kita ANJAL dan KUAT. Vitamin C juga melindungi kulit kita daripada radikal bebas yg boleh menyebabkan kedutan pada wajah. Tak nak lah nanti muka dah cun takda jerawat, tapiii kulit muka pula kendur. kan kan??

Vitamin E >>> PREVENT THICK SCAR FORMATION. experience Fai, vitamin E ni memang sangat2 membantu dalam MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT/JERAGAT... m Vitamin E juga membantu mengatasi masalah kulit kusam. Kulit kusam ni terjadi akibat selalu berjemur di tengah panas. Vitamin E memberikan perlindungan kepada kulit dari pengaruh buruk sinar ultraviolet, sehingga kelembapannya terjaga. Sangat membantu dalam mengatasi kulit kusam dgn menjadikan kulit muka bertambah berseri2. 



Wajibbb add on our BEST SELLER....... ESP >>> Soy Isolate Protein... wajib?? Kenapa ya??

  • Untuk kulit CANTIK dan SEKATA kerana protein merupakan makanan asas yang diperlukan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh... 
  • Isoflavon dlm ESP bertindak sebagai perangsang KOLAGEN. Membantu menjadikan kulit kita lebih ANJAL, melambatkan proses kedutan, serta menganjalkan payudara... 
  • Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat di muka. Bagaimana? Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat/jeragat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein untuk membantu dalam penghasilan sel baru. ESP ni protein. Sel kulit kita akan berganti setiap 21hari. Bila badan kita dpt cukup protein, dlm masa 21 hari ianya akan diganti dgn sel yg baru... So,ianya membantu pudarkan parut jerawat/jeragat kat kulit muka kita tu... ^___^




Psstttt... Jangan segan2 ye nak tanya Fai.. I'm more than willing to help (>___<)




Fai Shaklee Shaklee
Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015