Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, December 28, 2011

11 Rahsia ESP (Energizing Soy Protein) yang anda perlu tahu...

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada Protein. Kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein…

Tahukah anda?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya.
Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

 My love... Sekali cuba pasti jatuh cinta, hihi ^-*


ESP ni antara supplemen yang TERHANGAT di pasaran. Hihihi... Kenapa ya ESP ni begitu laris?? Jom kita baca 11 rahsia ESP yang anda perlu tahu...
  1. membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  2. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  3. menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  4. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  5. setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  6. kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menopause
  7. indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  8. Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  9. tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  10. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  11. Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

credit 




Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, juga dapatkan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila anda membuat pembelian dari Fai. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Tuesday, December 27, 2011

10 jenis makanan yg membantu anda detoks secara semulajadi...

Detox?? Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Mengapa detox / mencuci usus penting?? 

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Jom kita tengok apa dia 10 jenis makanan yg membantu detox secara semulajadi...






1. Fruits

Fruits are extremely high in liquid-content, helping the body wash out toxins. They are also very easy to digest and are high in antioxidants, nutrients, fiber and many important vitamins like vitamin C.

2. Green Foods

When you are ready to detox your body, fill your refrigerator with blue green algae, barley, wheatgrass, kale, spinach, spirulina, alfalfa, chard, arugula or other organic leafy greens. These plants will help give a chlorophyll-boost to your digestive tract.
Chlorophyll rids the body of harmful environmental toxins from smog, heavy metals, herbicides, cleaning products and pesticides. They also aid the liver in detoxification.


3. Lemons, Oranges & Limes

These citrus-wonders aid the body in flushing out toxins, as well as jump-start the digestive tract with enzymatic processes. They also aid the liver in its cleansing processes. To increase detoxification, start each morning with a warm glass of lemon water.
Remember, vitamin C is one of the best detox vitamins around, as it transforms toxins into digestible material. Eat vitamin c foods often to help get more of these benefits.






4. Garlic

This pungent little bulb is one of the best detox foods out there. It helps stimulate the liver into producing important detoxification enzymes that will help filter out toxic residues in the digestive system. We recommend adding sliced or cooked garlic to any dish, as this will help aid any detox diet.






5. Broccoli Sprouts

Extremely high in antioxidants, broccoli sprouts can help stimulate the detoxification enzymes in the digestive tract like none-other. The sprouts are actually more effective than the fully-grown vegetable, despite the picture on the right.






6. Green Tea

Packed full of antioxidants, green tea not only washes toxins out of the system through its liquid content, but also contains a special type of antioxidant called catechins, known to increase liver function.








7. Mung Beans


The mighty mung bean has been used by Ayurvedic doctors for thousands of years. It is incredibly easy to digest, and absorbs toxic residue on the sides of the intestinal walls.


8. Raw Vegetables

Best for juicing detox regimens or eaten raw: Onions, carrots, artichoke, asparagus, broccoli, cabbage, kale, brussel sprouts, cauliflower, garlic, beet, turmeric, and oregano. The combination of these foods will help your liver purge toxins during the cleansing process. These are high in naturally occurring sulphur and glutathione. Sulphur helps the liver detoxify harmful chemicals.





9. Seeds & Nuts

Incorporate more of the easily digestible seeds and nuts into your diet. This include flaxseed, pumpkin seeds, almonds, walnuts, hemp seeds, sesame seeds, chia seeds, Siberian cedar nuts and sunflower seeds. While detoxing, avoid nut butters.


10. Omega-3 Oils

Use hemp, avocado, olive oils or flax seed oil while detoxing. This will help lubricate the intestinal walls, allowing the toxins to be absorbed by the oil, and eliminated by the body.



info here

Friday, December 23, 2011

Hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia didalamnya...

Semalam Fai luahkan perasaan pada my dear sis... Beliau berpesan "Mulakan hari dgn doa..dengan memikirkan yg positif2.. dengan senyuman... Walaupun dalam hati berdebar2 atau sedang bersedih... Ujian, musibah, masalah hidup adalah lumrah kehidupan... semua pasti akan diuji dan Allah menguji bukan kerana Allah benci.. Tetapi kerana Allah kasih pada hambaNya. Kenapa? kerana Allah tidak akan sekali-kali menguji diluar kemampuan hambaNya. Hanya Allah yg tahu sejauh mana kekuatan kita semua..." Kata2 semangat inilah yang membuat Fai bangkit semula... 

Fai hanya nak berkongsi dgn anda entri yang beliau tulis khas untk Fai... Semoga ianya juga boleh menenangkan hati anda yang sedang bersedih...

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..."



Apa yang ditetapkan untuk kita itu yang terbaik... Hanya kita yg perlu mengukuhkan dinding kesabaran kita.. "tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas kesusahan"...Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan apa jua ketentuan Allah swt. Aturan Allah itu yg terbaik. Yakin dan tenanglah wahai hati.. InsyaAllah....
 

Wednesday, December 14, 2011

Tercari-cari vitamin yg bersesuaian dgn masalah anda?? Mungkin yg anda cari ada di sini...

Shaklee telah menerajui industri makanan tambahan sejak penemuan MULTIVITAMIN PERTAMA pada tahun 1915 oleh Dr Shaklee... Sejak bersama Shaklee pada April 2011, Fai amat2 berpuas hati dgn apa yg Fai pilih sekarang. Bagi fai, memilih makanan tambahan dari jenama Shaklee merupakan langkah yg bijak...


Anda tercari2 makanan tambahan yg bersesuaian dgn masalah kesihatan anda?? Cuba lihat senarai vitamin semulajadi Shaklee di bwh ini. Mungkin yang anda cari ada disini...

 



Dengan memilih Shaklee, 3 perkara yang anda perlu yakini... Ia sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi (mesra alam)...

 
Jika ada yg berminat utk mencuba vitamin/produk Shaklee, hubungi Fai di 0197428120 | nnurfairuz@gmail.com | FB Fai CeritaCinta... Anda boleh dapatkan setiap vitamin/produk pada harga diskaun yg cukup2 istimewa. 

 


Setiap pembelian di Cerita Tentang Cinta | Anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn dan tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.

Monday, December 12, 2011

Hanya tinggal kenangan... Al-Fatihah buat allahyarham Hussin Bin Omar...

Salam buat semua... 

Maaf sebab lama menyepi dari berblogging... Hari ni baru ade kekuatan untk berblogging mcm biasa walaupun masih bersedih... Hari ni genap 11 hari pemergian ayah mertua Fai, Hussin bin Omar. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2011 jam 12.40pm bersamaan 6 Muharram 1433H... Hanya doa yg dpt  dipohon pada Ilahi agar ruh arwah abah diredhai oleh Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya selapang-lapangnya. Semoga kubur abah menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman... Amin.... Al-Fatihah...

Arwah seorang yg dekat dgn isteri dan anak2. Pemergian arwah sgt terasa sbb beliau sentiasa meninggalkan pesan kpd mama dan kami anak2nya... Yg paling best, arwah langsung tak membezakan antara anak dgn menantu. Semua dilayan sama rata. Arwah seorang yg simple, tidak cerewet. Walaupun sakit, tapi arwah tak pernah membebankan isteri dan anak2nya. Arwah seorang yg merendah diri, suka berkawan dan suka menolong org tak kira sesiapa pun. Mulianya hati arwah sbb arwah tidak pernah berdendam pd org yg pernah berbuat jahat kepadanya... Malah, arwah membalas perbuatan jahat mereka dgn kebaikan... Insyaallah inilah yg akan kami pegang sampai bila2... 


Sebelum meninggalkan kami buat selama-lamanya, arwah sempat berpesan kpd kami semua. Setiap seorag ditinggalkan pesanan yg berbeza. Tapi semua yg dipesan arwah berlaku secara tak sengaja dan kami pun tak sangka itulah pesanannya yg terakhir... Pesanan arwah buat diriku, "Kalo duduk diam jer kita takkan tau ape2. Kita kena korek, kalo tak korek org tak kan bgtau kita..." Abah, insyaallah Fai akan pegang pesanan ni sampai bila2... 


Buat en.hubby, Redhalah atas pemergian ini kerana sudah tertulis arwah akan pergi meninggalkan kita semua pada tarikh, masa dan saat itu. Sesungguhnya Allah amat menyanyai arwah kerana tidak lagi membenarkan arwah menanggung sakit... Berdoalah... dan Yakinlah bahawa Allah menempatkan ruh arwah abah di kalangan org2 yg solih...


Coretan ini hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri dan takde niat disebaliknya. Fai memohon rakan2 mendoakan kami sekeluarga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Sekali lagi Fai memohon semoga Allah melapangkan kubur Allahyarham Hussin bin Omar selapang-lapangnya. Semoga kubur abah menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman... Amin.... Al-Fatihah...

Tuesday, November 29, 2011

Nak makan apa untuk tambah darah?

Coretan ringkas ini diharap dapat membantu anda yg memerlukannya... Sharing is caring ^-^

"Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia untuk tambah darah. Sedangkan Islam melarang dari memakan hati."

Sebagai orang Islam mestilah kita akan ikut apa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah. Betul kan?? Rasulullah tak galakkan kita mkn organ dalaman kerana organ dalaman haiwan mengandungi kepekatan toksin yg tinggi... Organ dalaman ni tak berkhasiat dan sebenarnya banyak lagi kemudaratan lain... Rasulullah bukannye suke2 jer tak bagi kita mkn hati dan yg seangkatan dgnnya ni... Jadi kalo boleh kita sama2 kurangkan/elakkan daripada makan organ dalaman haiwan ni. Fai pun pernah terbaca artikel yg menyatakan keburukan drpd memakan hati... Insyaallah jika terjumpa artikel tu, Fai akan share dgn anda...  

Mmglah tak dinafikan, hati ni especially hati goreng kat pasar malam tuu nampak sedap sangat. Fai pun kadang2 terliur juga. Hihi... Jadi, apa pilihan kita untuk tambah darah??? Kita boleh mkn kerang untuk tambah darah.  Tapi kat sesetengah tempat sumbernya terhad dan mahal. Kalo ada yg allergic seafood, tak boleh nak mkn kerang... So, mcm mana ea??? Anda boleh ambil supplemen yg sesuai untuk tambah darah. Tapiii..... Pilihan Fai mestilah Shaklee. 

Vitalea~iaitu product pertama by Dr. forest C. Shaklee. High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang. Info lebih lanjut baca di sini



Berbalik pada cerita supplemen untuk tambah darah, zat besi (iron) ni penting. Kenapa zat besi ni penting??? Zat besi membantu dlm pembentukan sel darah merah, membantu pemeliharaan bdn yg sihat, mencegah anemia akibat kekurangan zat besi.
 
INFO RINGKAS:
Zat besi berfungsi sebagai komponen bagi struktur hemoglobin iaitu satu sebatian penting untuk mengangkut oksgen  yg diperlukan dari paru2 ke tisu diseluruh bdn. Apabila zat besi yg dibekalkan terlalu sedikit, maka anemia akibat kekurangan zat besi boleh terjadi dan ini mengakbibatkan kelesuan, gangguan konsentrasi dan fungsi imun terjejas.

Jadi, jika anda mengalami masalah kekurangan darah, amalkanlah pengambilan  Vitalea Shaklee 2 biji sehari... InsyaAllah pasti membantu dalam masalah kekurangan darah ini. Diharap entri hari ni dapat memberi manfaat kpd anda semua ^-*


credit here


Artikel lain yg menarik:

Killer Produk yg diminati ramai
Kuku cantik dengan multivitamin 
Penawar masalah tekanan darah rendah untuk ibu2 hamil







Nak tahu pilihan suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi Fai di nnurfairuz@gmail.com atau 019-7428120. 

Monday, November 28, 2011

Rahsia terbongkar... KENAPA Vitamin E ni dikenali sebagai "Vitamin Cinta"... Jom hadiahkan untuk pasangan anda...

Rasanya masih belum terlambat lagi Fai nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat semua pengunjung setia Cerita Tentang Cinta... Fai sentiasa doakan semoga anda semua berada dalam perlindungan kasih Allah SWT. Sempena Maal Hijrah ni, Fai dengan rendah hati ingin minta maaf jika ada salah silap sejak blog ini diwujudkan. Mungkin ada yg tidak senang bila Fai tinggalkan link masa blogwalking ke "rumah" anda... Niat Fai BUKAN hendak menjual, TAPI hanya ingin berkongsi kebaikan dgn anda semua. Sambil2 tu Fai nak tambah kenalan alam maya, sebab Fai ni terrramat pemalu orgnya. Memang segan nk tegur depan2 ni, kalo kat blog takpe sebab tak nampak muka. Hihi... Semoga pertambahan tahun baru ini memberi lebih erti  dalam kehidupan kita semua, dan semoga apa yg Fai kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada orang lain...

Ehhh, lupa pulak pada tujuan asal. Fai sebenarnya nak BONGKARKAN RAHSIA tentang Vitamin E ni... KENAPA Vitamin E dipanggil VITAMIN CINTA??? Ia menarik... Especially untuk bakal2 pengantin dan juga untuk pasangan suami isteri. Vitamin E dikatakan membantu menghangatkan hubungan suami isteri?? Thanks Pn Nurul Aula atas info yg dikongsikan ini...

 

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.
Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan.  Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS,  seperti risau,  kembung perut,  sakit kepala,  sengugut dan “mood swings” yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.



Vitamin E ni bukan untuk en. suami jer tau... Anda termasuk Fai juga kena mkn vitamin E ni. Kenapa? Kerana pengambilan vitamin E dikatakan membantu wajah kita kelihatan muda berseri. Awet muda gitu... Kerana vitamin E membantu melambatkan proses penuaan.


Ada byk vitamin E di pasaran, macam mana nak pilih yg terbaik??
Ambillah vitamin E yang asli, iaitu - alpha tocopherol... Cuba check label pada botolnya... dan pastikan vitamin E itu beserta selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

 
Selain mengeratkan keintiman suami isteri, apa lagi khasiat Vitamin E?
Jika anda konsisten dgn Vitamin E yg berkualiti, anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang. Selain itu vitamin E bagus untuk kulit... Ia membantu mengawal kolestrol, merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah... Membantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagilah... Tak tertulis rasanya kebaikan vitamin E semulajadi nii... Ermmm, tahukah anda?? Vitamin E juga boleh mencerahkan warna kawasan sekitar aerola ^-*






Vitamin E semulajadi yg berkualiti pilihan Fai... Tentulah Vitamin E jenama Shaklee...

Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli (alpha-tocopherol) dan beserta unsur selenium








Nak tahu pilihan suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi Fai di nnurfairuz@gmail.com atau 019-7428120. Setiap pembelian dari sini, anda layak menerima SPECIAL FREE GIFT, jadual mkn dan  tips ekslusif yg berkaitan, serta konsultasi percuma berterusan (after sales service)... ^-*

Monday, November 21, 2011

Carotomax (beta karoten) membantu mengatasi masalah jerawat. Malah lebih dari itu yg anda perlu tahu.....

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat. Lanjutan daripada entri ini, Fai nak kongsi pula dgn anda tentang kelebihan lain beta-karoten selain daripada membantu dalam masalah jerawat...

APA DIA beta-karoten???
  1. Di sebut juga ‘provitamin A’ kerana ia dijadikan vitamin A jika diperlukan badan. Jika tidak ia tersimpan dalam tubuh dimana ia berfungsi sebagai antioksidan. Pengambilan berlebihan/tinggi akan memiliki risiko menjadi toksik.
  2. Dijumpai banyak dalam sayur-sayuran berwarna kuning, oren, dan hijau.

Apakah kebaikan makanan yg mengandungi beta-karoten?
  • Melindungi sel-sel dari kesan kerosakan radikal bebas. 
  • Sumber vitamin A.
  • Meningkatkan fungsi sistem imun anda.
  • Membantu memperbaiki sistem pembiakan (reproductive system).

Beta-karoten Shaklee lebih dikenali sebagai Carotomax. Apa dia Carotomax Shaklee ni??




Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold. 
CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:




Siapa yang perlu makan vitamin ini?
  • Orang yang bersahabat akrab dengan komputer.
  • Orang yang menghidap asma, kanser, dan yang kurang imuniti
  • Orang yang ada masalah jerawat dan jeragat
Mood hari ni just nak share info yg ringkas dan hopefully serba sedikit dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yg membacanya... Hehe... Berminat dgn Carotomax Shaklee?? Nak dapatkan BEST PRICE dan tawaran istimewa daripada Fai beserta free consultation (after sales service)?? Feel free untuk...
PM Fai Shaklee | Email nnurfairuz@gmail.com | Call;SMS 019-7428120



    Sumber: WHFoods, MamaFaiz, AnakkuWiraku

    Saturday, November 19, 2011

    Gabungan vitamin terbaik untuk kulit...

    Beberapa hari ni Fai nak berkongsi  tentang penjagaan kulit jer. Sape yg tak nak cantik angkat tgn?? Hihi. Sudah pasti semua org nak kelihatan cantik kan... Kalo boleh setiap masa kita nak kelihatan cantik. Betul tak??? Hihi... Jom baca... Artikel dari utusan.com.my tapi fai ambil di link ini... 

    Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

    Jawapan
    Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen. 

     dengan mengambil Vitamin C, anda tidak perlukan suntikan botox

    Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat. Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:


    Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat. Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif. Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.


    Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten. Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.



    Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. 

    Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

    Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


    sumber: utusan.com.my

    _________________________________________________________________________________ 


    Hanya yg dah alami dan rasai sendiri sahaja yg tahu... Hihi... 
    Boleh email | hubungi Fai di nnurfairuz@gmail.com | 019-7428120  untuk mendapatkan konsultasi percuma...

    Wednesday, November 16, 2011

    Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit...

    Wanita dengan kecantikn ibarat "isi dengan kuku" memang tak dapat dipisahkan lah... Kalo boleh setiap masa kita nak kelihatan cantik, lebih2 lagi yang dah bersuami. Mestilah kita ni nak kelihatan cantik dan hebat di mata suami kan?? Tak nak si suami pandang apatah lagi jeling perempuan lain. Betul tak?? Samalah juga dgn Fai. Yang penting Fai tak nak kelihatan tua sebelum usia...  Hihi... Hari ni Fai nak share apa yg Fai baca di Utusan Online bertajuk "Vitamin untuk kulit"... Thanks to MamaCergas for this info... Hihi

    Vitamin untuk kulit

    Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

    Jawapan
    Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit. 

    Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 

    Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. 

    Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 

    Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah. 

    Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. 

    Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat. 

    Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal. 

    Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

    Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.



    "Shaklee ada tak vitamin2 yang disebutkan di atas?"... Jawapannya, sudah tentulah ada.Jom kita tengok vitamin2 tuu...

     Carotomax (Pro Vitamin A)


    Sustained Released Vita-C


    Vitamin E Complex with Selenium


    GLA Complex




    Nak tahu pilihan suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi Fai di nnurfairuz@gmail.com | 019-7428120. Setiap pembelian anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB ^-^


    Tuesday, November 15, 2011

    Makanan semulajadi untuk tambah susu ibu...

    credit here and here ;)

    9 jenis makanan penambah susu:

    (1) Daun Alfalfa

    Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.



     
    (2) Halba/Fenugreek

    Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.
     
    (3) Jintan
    Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja 
    (4) Kurma

    Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
    (5) Susu
    Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
    (6) Keju

    Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)
     
     
    (7) Tempe
    Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.
    (8) Sayuran Hijau
    Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
    (9) Lobak Putih
    Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu. 
    __________________________________________________________________
    Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahuan dalam bidang penyusuan.
    KERAP MENGEPAm: Setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
    Doa untuk membanyakkan susu ibu:


    Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com


    Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.
    Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

    Terdapat banyak makanan tambahan semulajadi yang boleh membantu untuk menambah susu ibu... Perlukah saya ambil vitamin lagi?
    YA! Perlu! Vitamin2 ni BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan lain2 lagiii… 
     
    *Set penyusuan Shaklee lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
    Tak percaya??  Sila baca
     

    Saturday, November 12, 2011

    Kita perlukan suplemen atau tidak? Tepuk dada, tanya pada diri sendiri... Hanya diri anda yang tahu apa yang penting untuk diri anda...

    Tidak dinafikan ramai yang berpendapat begini:"Lebih baik mengambil vitamin dari sumber makanan, ia adalah vitamin yang benar2 asli"... Benar, malah Fai pun tak menafikan hakikat ini. Vitamin C terbaik adalah dari buah oren. Vitamin A yang terbaik adalah dari carrot.

    Ada juga pendapat begini:
    "Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je".Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc.
     
    Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!

    Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E...

    Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu.Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral2 lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

    Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya... Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...

    credit 



    Sejujurnya, dalam kehidupan zaman kini... Bagi Fai, makanan tambahan ni memang perlu... En. Hubby memang tidak sukakan sayur. Hanya sayur2 tertentu jer yg beliau akan makan. Jadi, untuk pastikan beliau mendapat nutrien yang cukup... Fai akan sediakan vitamin untuk beliau setiap hari. Bagi Fai suplemen ni  amat penting untuk menampung mana2 kekurangan nutrien dalam badan kita... Sebelum mengenali Shaklee, Fai memang tak sentuh langsung pun apa2 suplemen... Memang banyak perubahan setelah consume Shaklee. Badan rasa lebih segar, bertenaga, lebih bersemangat... Kalo demam pun takde lah teruk sampai tak boleh bangun... Hanya orang yang dah mencubanya shja yang akan mengakui keberkesanannya... Hihi...


    Biarpun dah tumbuh beranak macam2 jenis supplemen di pasaran..... Sehingga kini, Fai masih setia pada yang satu... Cewahhhhh... Hihi... Kerana apa?? Kerana Fai tahu kualiti produk jenama Shaklee (vitamin tertua didunia) dan nilai duit yang Fai laburkan. For me... SHAKLEE...ALWAYS SAFE...ALWAYS WORK...ALWAYS GREEN...


    video







    “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

    Copyright to FAI NARDIR
    Designed by UMIESUEstudio 2015