Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, April 28, 2017

Jawatan Kosong Terkini Kerajaan/Swasta

Khas untuk anda yang sedang mencari pekerjaan, samada di sektor  swasta atau kerajaan, jom klik Gkerjaya.com Gkerjaya adalah sebuah laman sesawang yang memberikan anda info-info dan tips kerjaya serta iklan-iklan jawatan kosong di dalam sektor swasta dan juga kerajaan.






Siapa yang wajib follow laman web gkerjaya.com ini?
  • Mereka yang sedang mencari jawatan kosong
  • Mereka yang ingin tukar kerjaya kepada yang lebih baik
  • Mereka yang baru habis spm/diploma/ijazah/phd dan lain-lain


Terdapat pelbagai tips-tips gkerjaya berikan, antaranya
  • Panduan bina kabel dalam linkedin
  • Panduan permohonnan kerja melalui email
  • Panduan mohon kerja melalui SPA dengan betul
  • Panduan mohon jawatan kosong di Jobstreet dengan betul
  • Tips penulisan resume dan lain-lain lagi




Jom tengok jawatan kosong terKINI di laman sesawang gkerjaya.com


Biskut raya paling senanggg, Cornflakes Madu..

Dua minggu lepas saje melayan si Adam nak buat kuih raya. Google lah resepi cornflakes madu, budak-budak memang confirm suka lah kalau conrflakes madu ni. Lagipun sebab ni je yang paling senang yang Adam boleh tolong. Hihi..


Bahan-bahan:

Sekotak cornflakes 200/250g
Madu 60g
Butter 125g
Gula Castor 30g


Fai guna butter twin cows ni je, murahhh.. RM3.77 kat Mydin






Panaskan kuali.. Madu, butter dan gula castor dicampurkan semua sekali. Masak sampai berbuih macam dalam gambar. Lepas tu masukkan cornflakes yang dah dihancurkan. Semua dah sekata, padamkan api..


Masukkan cornflakes dalam paper cup. Nak cantik sebenarnya guna paper cup hitam. Fai guna apa yang ade je kat rumah. Jimattt.. Hihi.. Tapi make sure cornflakes tu sejukkk sikit, kang melecur pula tangan anak korang..









Dah siap masukkan dalam paper cup, boleh la letak hiasan ceri. Tapi Fai tak letak pun.. Hehe.. Lepas tu bakar pada suhu 150 darjah dalam 7-10 minit. Dah siappp...

Hari tu buat dua kotak, dah habisss dah pun cornflakes madu tu.. Bukan Adam je makan, ibunya pun makan sekali. Leka makan sambil tengok tv.. Tengok-tengok je dah habis. Hihi...






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk Shaklee boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, April 21, 2017

Short vacation: River Cruise Malacca

Mulanya tak plan pun nak naik River Cruise ni. Sampai je Melaka, terus ke A Famosa dulu.. Sempatlah Adam posing depan A Famosa tu. Masa ni dah 11 lebih, dah mula panas. Nak naik sampai ke atas ibunya tak larat pula. Hihi.. Tak tahu nak ke mana, papa ajak jalan-jalan ke River Cruise..










Nampak je sungai, Adam terus menjerit "ibu, sungaiiilahhhh..." Bukan main suka lagi dia.. Tengok lah dalam gambar tu, sengih sampai ke telinga. Hihihi..

Sampai kat kaunter beli tiket, papa pun offer untuk naik bot. Adam lah yang paling happy. Bagi Fai, harga tiket berpatutan. Dewasa RM15.90 (Jumaat-Ahad) Kanak-kanak RM5.70 (Jumaat-Ahad).. Hari biasa lebih murah, tapi Fai tak ingat berapa. Hehe.. Lama juga atas bot, sampai ke hujung sungai, pergi balik dalam 40 minit.. Puas lah si Adam atas bot. Adik Muhammad pun boleh tahan bising. Sibuk tunjuk sana sini. Hihi...


















Lepas beli tiket, kitorang ada dapat goodies bag tau. Dalam tu ada air kotak dengan CORNFLAKES DURIAN.. Memang sedappp cornflakes durian tu. Rasanya memang tidak dijual dimana-mana, sebab tengok packaging dia, memang khasss untuk sesiapa yang naik River Cruise ni sahaja.. Ibunya tak sempat nak snap gambar, si Adam dah bedal dulu. Gambar ni jer yang ada. Hihihi..






Sebenarnya kitorang tak tahu nak ke mana kat Melaka ni. Hihi.. Zoo dah pergi masa Adam 10 bulan. Hari tu nak pergi lagi tak jadi, sebab waktu tu sampai Melaka dah nak tengah hari. Panassss... Hehe.. Lepas ni boleh la bawak Adam naik Taming Sari pula..







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015